‘Hadam sendiri’

Harian Metro - - Setempat - Georgie Joseph [email protected]

 Nadya Syahera, suami kembali berbaik semula

Pelakon Nadya Syahera mengakui tindakanny­a memuat naik status terbaru di Instagram yang seakan-akan ditujukan kepada seseorang untuk menjelaska­n keadaan terkini hubunganny­a dengan suami, Fizul Nawi.

Nadya, 26, berkata, jika individu yang pernah dikaitkan dengan suaminya sebelum ini terasa hati, dia menyaranka­n supaya individu berkenaan muhasabah diri.

“Status itu dimuat naik bagi menjawab spekulasi kononnya saya dan suami sudah berpisah serta tidak lagi tinggal sebumbung.

“Buat pengetahua­n semua, selepas kes curang tempoh hari saya dan suami ambil pendekatan untuk

mempertaha­nkan rumah tangga kami. Suami pun sudah minta maaf dan saya nampak usaha dia berubah.

“Justeru, saya harap wanita itu hadam sendiri apabila lihat gambar saya dan suami. Sedarlah, awak tidak diperlukan pun,” katanya kepada Harian Metro.

Nadya yang popular dengan watak Bella dalam drama Dia Semanis Honey turut berharap kisah rumah tangganya menjadi iktibar terutama kepada mereka yang berdepan situasi sama.

“Lihat dari sudut positif apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Mereka harus kuatkan diri dan bangkit mempertaha­nkan hak mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.