BBBM2 raih RM9.9 juta

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Boboiboy Movie 2 (BBBM2) mencipta rekod baru dalam sejarah filem animasi tempatan apabila berjaya meraih RM9.9 juta dalam tempoh lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak yang juga penerbit serta pengarah filem BBBM2, pihaknya teruja apabila filem itu berjaya mencipta rekod baru, sekali gus membuktika­n filem animasi masih mendapat tempat istimewa dalam kalangan penonton.

“Saya teruja dan tidak menyangka kutipan BBBM2 mencecah RM9.9 juta dalam tempoh lima hari sahaja,” katanya.

PENYANYI, Faizal Tahir (tengah) bersama maskot filem Boboiboy Movie 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.