Bapa tiri terjahat

Harian Metro - - Setempat -

 Tukang rumah dijel 20 tahun, 10 sebatan noda anak berumur sembilan tahun

dibenarkan undang-undang atau hukum agama yang terpakai kepadanya untuk berkahwin.

Bagi perbuatan yang dilakukan dalam sebuah bilik di rumah di Kota Kecil, di sini, kira-kira 2 petang, 17 Mac lalu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pada 23 Mei lalu, tertuduh mengaku bersalah bagi pertuduhan berkenaan sebelum mahkamah menjatuhka­n hukuman, semalam.

Sebelum hukuman dijatuhkan tertuduh merayu hukumannya diringanka­n dengan alasan mempunyai tanggungan termasuk bayaran rumah dan kereta.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal atas beberapa alasan.

“Walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, tetapi pendakwaan memohon hukuman penjara yang berat atas alasan mangsa hanya berusia sembilan tahun yang tidak faham mengenai hubungan seksual.

“Sebagai bapa tiri, tertuduh sepatutnya menyayangi dan melindungi mangsa serta menjadi teladan baik. Tetapi tertuduh menggunaka­n ruang dan peluang melakukan hubungan seks secara paksaan atau merogol.

“Mangsa mengalami kesakitan selain trauma akibat perbuatan tertuduh. Mohon mahkamah mengambil kira kepentinga­n awam melebihi kepentinga­n tertuduh,” katanya.

Mahkamah menjatuhka­n kemudian hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 19 Mac lalu.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga isteri kepada tertuduh membuat laporan polis pada 18 Mac lalu berhubung kejadian menimpa kanak-kanak itu sebelum polis membuat tangkapan pada keesokan harinya.

Siasatan dijalankan mendapati kejadian itu benar-benar berlaku iaitu tertuduh mengadakan hubungan seks bersama mangsa secara paksaan dan turut meliwat mangsa.

Kejadian berlaku di rumah selepas tertuduh menjemput mangsa pulang dari sekolah apabila ketika itu pengadu tiada di rumah.

Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n dan rawatan sebelum mendapati terdapat koyakan lama pada selaput dara dan dubur mangsa.

SUSPEK diiringi polis ketika hadir bagi menghadapi tuduhan merogol anak tiri di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.