Kes harta Jamaluddin Jarjis gagal diselesai cara baik

Harian Metro - - Setempat - Izlaily Nurul Ain Hussein [email protected]

Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan esok untuk perbicaraa­n kes saman ibu kepada Allahyarha­m Tan

Sri Jamaluddin Jarjis terhadap dua cucunya yang didakwa gagal memasukkan syer tiga buah syarikat berjumlah RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka.

Ia berikutan, proses mediasi bagi menyelesai­kan kes itu secara baik di luar mahkamah gagal mencapai penyelesai­an.

Perkara itu dimaklumka­n oleh peguam Kamar Ainiah Kamaruzama­n yang mewakili Aminah Abdullah (plaintif) menolak tawaran penyelesai­an yang dikemukaka­n oleh Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32.

“Kami menolak tawaran itu kerana ia tidak munasabah. Mereka ada menawar sejumlah wang bagi penyelesai­an kes bagaimanap­un kami menolaknya.

“Tawaran yang dikemukaka­n itu tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil kami di sini. Oleh itu Hakim Datuk Mohd Firuzz Jaffril menetapkan Khamis ini (esok) untuk perbicaraa­n,” katanya.

Kamar Ainiah turut memaklumka­n bahawa pihaknya akan memanggil 12 saksi bagi memberi keterangan dalam kes itu.

Nur Anis dan Ikwan Hafiz diwakili peguam S Suhendran.

Pada 3 Januari lalu, Aminah, 85, ibu kepada Jamaludin yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, memfailkan saman terhadap dua cucunya selepas didakwa gagal memasukkan tiga syer syarikat bernilai RM1.3 bilion sebagai aset harta pusaka.

Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang tukang rumah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram ke atas anak tirinya.

Lelaki berusia 62 tahun itu terdahulu masih mengekalka­n pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuh­an dengan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang juga anak tirinya yang mana kerana perhubunga­n itu adalah tidak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.