Syukur bantuan daging korban

Harian Metro - - Setempat -

Narathiwat (Thailand): Penerima bantuan Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019 bersyukur dengan bantuan serta daging korban diterima dalam program itu.

Imam Masjid Waliyadin Kampung Gerong, daerah Chok Airong, Mohamad Jurig Idris berkata, mereka bersyukur dengan pemberian seekor lembu buat penduduk dan 80 keluarga anak yatim di kampung berkenaan.

“Ini kali pertama masyarakat luar dari Thailand datang memberi sumbangan kepada kami.

“Pemberian ini amat bermakna buat kami semua untuk merasai nikmat Aidiladha dengan mengagihka­n daging korban kepada golongan memerlukan,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Katanya, kebanyakan anak yatim di sini berusia lima hingga 12 tahun sangat memerlukan sumbangan orang luar demi kebajikan mereka.

Bagi Aminah Tohir, 32, ibu kepada empat cahaya mata yang tinggal berdekatan Kampung Lak Ol, dia mengucapka­n syukur kepada Allah kerana menerima sumbangan barangan keperluan untuk meneruskan hidup.

“Sebagai ibu tunggal yang berpendapa­tan 100 baht (RM13) sehari, saya sangat berterima kasih kepada Harian Metro dan Dapur Penyet yang memberikan sumbangan makanan ini.

“Saya memang sangat memerlukan barangan ini apabila tidak dapat menoreh getah pada musim hujan, terutama mempunyai anak yang masih kecil berusia lingkungan setahun dan tiga tahun,” katanya.

Aminah antara tiga penerima sumbangan dari rumah ke rumah yang barangan disampaika­n oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro Tuan Asri Tuan Hussein bersama Pengarah Operasi Dapur Penyet Hafiszulla­h Mokhtar.

Hasfizulla­h Mokhtar

TUAN Asri (dua dari kanan) bersama Hasfizulla­h (tiga dari kanan) pada Program Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019 di Masjid Darulaman Kampung Lak-Ol, Thailand.

PENDUDUK kampung menyambut kedatangan sukarelawa­n Program Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.