Kebakaran makin marak

Harian Metro - - Setempat - Mohd Roji Kawi [email protected]

Keadaan berjerebu di Sarawak semakin membimbang­kan ekoran kebakaran hutan dan belukar yang bertambah serius ketika ini.

Sejak 1 Ogos hingga hari ini, sebanyak 370 kes dilaporkan dengan jumlah tertinggi harian dicatatkan semalam iaitu 65 kes.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sehingga petang semalam, keseluruha­n kawasan hutan dan belukar seluas 335 hektar

terjejas akibat kebakaran.

Beliau berkata, berdasarka­n pecahan mengikut bahagian pentadbira­n, Kuching mencatatka­n jumlah kes kebakaran belukar tertinggi semalam dengan 19 kes, diikuti Sibu (11), Samarahan (7), Mukah (6), Betong (4), Sri Aman (3), Miri dan Bintulu masing-masing dua kes manakala Sarikei satu kes.

“Operasi pemadaman berterusan dijalankan di tujuh kawasan dengan Kompleks Kebajikan Hamidah, di Kuala Baram, Miri mencatat operasi paling lama apabila memasuki hari ke-13, semalam.

“Pemadaman di Kampung Sedi, Pulau Bruit, dalam Bahagian Mukah pula memasuki hari ketujuh,” katanya sambil memaklumka­n secara purata pihaknya menerima 30 laporan kebakaran hutan dan belukar setiap hari.

Operasi lain yang masih diteruskan ialah di Taman Harmoni, Sri Aman dan Jalan Marudi-Miri yang masuk hari kelima manakala Kampung Sangki, Simunjan; Kampung Bungan, Mukah dan Kampung Tuie, Betong masuk hari keempat.

“Kebakaran hutan dan belukar itu turut mengancam kediaman berdekatan dengan sebuah rumah di Kampung Sedi, Pulau Bruit musnah sepenuhnya akibat api yang merebak dari belukar berdekatan manakala di sebuah rumah di Kampung Sangki, Simunjan turut mengalami kebakaran kira-kira 10 peratus,” katanya.

Sementara itu, kualiti udara di Miri terus terjejas apabila satu stesen di bahagian itu mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya iaitu ILP Miri yang mencatat bacaan 344 manakala stesen SK Baram 2 mencatat kualiti udara sangat tidak sihat iaitu 297 pada jam 11 pagi ini.

Sri Aman mencatat kualiti udara tidak sihat apabila bacaan IPU mencecah 136. Kuala Terengganu: Kerajaan bersedia menghantar pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu kerajaan Indonesia memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di enam wilayah di negara itu sejak awal bulan lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, penghantar­an pegawai dan anggota JBPM akan dilakukan sebaik kerajaan menerima permohonan rasmi daripada Indonesia.

Katanya, setakat ini kerajaan belum menerima permohonan, tetapi semua pegawai dan anggota JBPM sudah bersiap siaga untuk melaksanak­an tanggungja­wab terutamany­a membantu pasukan penyelamat negara itu memadamkan kebakaran.

“Masalah kebakaran hutan secara terbuka di beberapa wilayah di negara itu setiap tahun berlaku sehingga menyebabka­n berlakunya jerebu, tetapi belum ada jalan penyelesai­an walaupun pelbagai tindakan sudah diambil kerajaan Indonesia.

“Kebakaran hutan yang sedang berlaku di beberapa wilayah negara itu turut memberi kesan kepada cuaca termasuk di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya, selain di Sarawak meliputi Kuching, Serian dan Samarahan,” katanya ketika ditemui pada majlis pengagihan daging korban anjuran JBPM negeri di Balai Bomba (BB) Kuala Terengganu di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JBPM negeri Mohamad Shoki Hamzah dan timbalanny­a Sharikan Bustaman.

Terdahulu, empat ekor lembu dikorbanka­n sempena Hari Raya Aidilfitri disertai oleh 150 pegawai dan anggota yang melakukan kerja penyembeli­han, melapah dan memasak serta daging turut diagihkan kepada golongan asnaf.

Mengulas keadaan cuaca panas yang melanda negeri ini, Raja Bahrin Shah berkata, penduduk terutamany­a pemilik ladang diminta untuk mengelak daripada melakukan pembakaran secara terbuka bagi menangani masalah jerebu.

Katanya, belum ada titik panas dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di negeri ini.

“Pemilik ladang diminta tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukka­n keadaan cuaca berjerebu di seluruh negara,” katanya.

 Jerebu di Sarawak makin buruk

 Miri tahap bahaya

KEADAAN kebakaran belukar gambut di Taman Kopodim Matang, Kuching.

RAJA Kamarul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.