JAS aktif pelan tangani isu pembakaran terbuka, jerebu

Harian Metro - - Setempat -

Lumpur: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengaktifk­an Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menyelaras­kan tindakan oleh agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Norlin Jaafar berkata, langkah itu dilaksanak­an selepas kualiti udara mencapai tahap bahaya di kawasan Miri dan Kuala Baram sejak dua hari lalu.

“Pihak kami juga mengeluark­an notis arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada semua pemilik tanah di kawasan tanah gambut Kuala Baram, Sarawak bagi mencegah dan mengawal kebakaran di kawasan berkenaan.

“Kami juga menjalanka­n rondaan operasi harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka selain menyalurka­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada Jawatankua­sa Bencana Negeri Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau menjelaska­n beberapa tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah jerebu di Sarawak, seperti meningkatk­an penguatkua­saan terhadap aktiviti pembakaran terbuka dan lain-lain punca yang berpotensi memberi kesan kepada masalah tersebut.

Selain itu, menjalinka­n kerjasama dengan agensi lain dalam melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) kebakaran di tanah gambut bagi mencegah dan mengawal kebakaran serta menyebarka­n maklumat, katanya.

Norlin berharap, semua pihak berkepenti­ngan dan pemilik tanah memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut serta tanah pertanian dan industri.

“Orang ramai pula diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka sehingga menjejaska­n kualiti udara setempat. JAS akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebabka­n pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Setakat 12 tengah hari semalam, stesen Institut Latihan Perindustr­ian Miri mencatat bacaan IPU 340 pada tahap bahaya manakala stesen Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 berada pada peringkat sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 291. – Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.