‘Isnin tersedih’

Harian Metro - - Setempat - Amirul Haswendy Ashari [email protected]

(menidurkan pesakit dengan ubat tidur).

“Doktor memberitah­u, jantungnya ada tiga salur tersumbat. Ubat tidur sudah dihentikan dan sekarang menunggu dia sedar sendiri. Malangnya sampai sekarang, belum ada tanda-tanda dia akan sedar,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, usaha Harian Metro untuk mendapatka­n reaksi Ahmad Farhan susulan kisah ini gagal kerana dipercayai masih dalam keadaan terkejut dan bersedih.

Dia juga dipercayai sudah pulang ke Singapura semalam kerana perlu mengikuti kursus bermula hari ini dan dijangka pulang semula ke tanah air untuk bertemu kembali dengan keluarga kandung.

Bagaimanap­un, ruangan komen artikel mengenai kisah itu di Facebook rasmi Harian Metro, melalui akaun dipercayai milik Ahmad Farhan, 28, dia sempat menulis luahan hatinya untuk tatapan pembaca.

“Assalamual­aikum. Terima kasih wartawan kerana

 Ibu angkat panjat doa bapa kandung dapat tatap Farhan

menyiarkan cerita ini dan minta maaf juga kerana menolak untuk diwawancar­a kerana ingin menghormat­i dan menjaga hati ramai pihak.

“Di sini saya menghasrat­kan (meluahkan) rasa syukur. Sesungguhn­ya peraturan Allah itu sangat indah. Mengapa ambil masa 25 tahun. Semua itu mungkin ada hikmahnya.

“Selama 25 tahun hidup juga saya bersyukur kerana dijaga dan diberi kasih sayang yang secukupnya daripada seluruh keluarga angkat sebelah ibu (Melaka) dan sebelah bapa (Sabah) hingga tidak pernah terfikir yang saya ini bukan darah daging mereka,” tulisnya.

Dia turut meluahkan rasa gembira dapat bertemu semula dengan adik beradik kandungnya di Kuantan serta bapa kandung yang sedang sakit.

Zohaidah

ZOBAIDAH bersama Farhan yang dijaga sejak 25 tahun lalu. Doa saya sekarang semoga ayahnya dapat buka mata dan melihat anaknya dan Farhan dapat mendengar suara dan peluk ayah kandungnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.