Penyelamat kucing tanpa kaki

Harian Metro - - Setempat -

“Patutlah hati kami tergerak keluar lewat rupa-rupanya ada sesuatu yang memerlukan bantuan,” kata Abdul Khamis Laharuso, 36, yang juga orang kurang upaya (OKU) ketika menyelamat­kan anak kucing terjatuh dalam longkang berdekatan Stadium Likas, Sabah, Ahad lalu.

Abdul Khamis atau dikenali sebagai Ming yang juga atlet paralimpik Sabah bersama seorang lagi rakan, Elvis Sius yang juga OKU ketika itu dalam perjalanan menjalani latihan harian sebelum terdengar bunyi anak kucing dari longkang terbabit.

Pada mulanya, rakannya berhasrat untuk menyelamat­kan anak kucing terbabit namun disebabkan keadaannya yang kudung kaki, Abdul Khamis dengan rela hati turun ke longkang untuk menyelamat­kan haiwan itu.

“Sebaik berjaya ditarik keluar, haiwan itu terdiam sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

“Semalam (Isnin) hari yang amat sedih bagi saya apabila melihat anak hanya mampu menyentuh batu nesan ibu kandungnya,” luah Zohaidah Sidin, 56, ibu angkat kepada Ahmad Farhan, yang dipelihara sejak 25 tahun lalu.

“Sampai sekarang, air mata mengalir mengenangk­annya, rasa amat bersalah. Doa saya sekarang semoga ayahnya dapat buka mata dan melihat anaknya dan Farhan dapat mendengar suara dan peluk ayah kandungnya,” katanya.

Zohaidah yang dihubungi Harian Metro, memberitah­u, bapa kandung Ahmad Farhan, Abdul Rahman masih ditempatka­n di Unit Rawatan Koronari (CCU), Hospital Kuantan sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, doktor yang merawat Abdul Rahman sudah menghentik­an rawatan

ABDUL Khamis menuruni cerun untuk membantu anak kucing terperangk­ap dalam longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.