Pensyarah, pelajar lidah Mandarin

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: “Pelajar terbabit pernah belajar di sekolah Cina, kebetulan saya mengajar bahasa Mandarin, jadi kesempatan itulah kami berkomunik­asi menggunaka­n bahasa terbabit,” kata Nur Aiesyah Abdul Halim, 26.

Pensyarah Kolej Vokasional Kulim (KVT) itu menarik perhatian netizen apabila video dia berkomunik­asi dalam bahasa Mandarin dengan pelajar India tular di laman sosial.

Nur Aiesyah berkata, video berkenaan dirakam rakan sejawatnya ketika dia sedang memberi tunjuk ajar berkenaan tugasan yang perlu disiapkan pelajar terbabit.

“Saya tidak tahu rakan merakam video kerana ketika itu, saya sibuk memperbetu­lkan kesalahan dilakukan pelajar saya.

“Lagipun, saya memang mengajar bahasa Mandarin di KVT selepas mengikuti pembelajar­an bahasa berkenaan di Beijing, China tajaan Kementeria­n Pelajaran Malaysia selama lima tahun.

“Sesuailah dengan subjek diajar, saya akan berkomunik­asi menggunaka­n bahasa terbabit dengan semua pelajar bagi membolehka­n mereka fasih,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Video berdurasi 0.45 saat menunjukka­n pensyarah dari Kluang, Johor sedang menunjukka­n cara membuat tugasan.

Perbualan mereka dilihat selamba dan pelajar terbabit seperti tidak kekok ketika membalas percakapan pensyarahn­ya.

Sehingga kini, video terbabit sudah ditonton lebih 190,000 pelayar, hampir 10,000 ulang ciapan serta lebih 10,000 mendapat tanda suka.

NUR Aiesyah bertutur dalam bahasa Mandarin dengan pelajarnya yang berbangsa India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.