Inovasi serunding jantung pisang

Harian Metro - - Setempat -

Rasanya yang enak dan mampu disimpan lebih tiga bulan serta tiada bahan pengawet menjadi kelebihan pada serunding jantung pisang hasil inovasi seorang pelajar Kolej Vokasional Puteri Temerloh di sini.

Menurut Hartini

Hardipa, 19, dia mengambil masa tujuh bulan melakukan penyelidik­an dibantu guru Laila Othman sebelum menghasilk­an produk tradisiona­l itu yang turut dapat mencegah diabetes.

Katanya, sebelum ini jantung pisang hanya dijadikan ulam selepas dicelur beberapa minit namun kini ia dipelbagai guna bertujuan nambah selera makan individu yang menyukainy­a.

“Tidak semua jantung pisang boleh dijadikan serunding, hanya beberapa jenis sahaja antaranya jantung pisang raja dan pisang nipah kerana ia tidak kelat,” katanya yang berasal dari Kampung Melayu, Gambang Kuantan.

HARTINI menunjukka­n produk serunding jantung pisang yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.