Satu dekad jadi bidan lembu

Harian Metro - - Setempat - Ahmad Rabiul Zulkifli [email protected]

 Penternak tagih khidmat Roslan elak anak ternakan lemas ketika proses kelahiran

Bidan lembu mungkin jarang diketahui oleh umum namun itulah tugas seorang penduduk di Kampung Pok Pa sejak 10 tahun lalu.

Roslan Atan, 46, bukan saja mahir menyediaka­n perkhidmat­an permanian berhadas untuk lembu baka tetapi khidmatnya sebagai bidan dalam membantu lembu jenis baka melahirkan anak juga ditagih penternak di negeri ini.

Roslan atau lebih dikenali sebagai Pok Lan berkata, lembu jenis baka seperti Charolais, Limosin, Blonde dan Blue Bega mempunyai saiz anak yang terlalu besar justeru tidak semua induk mampu melahirkan anak sendiri.

“Oleh demikian, khidmat bidan lembu diperlukan

Muallim: Polis sedang mengenal pasti tiga suspek yang meletupkan mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan membawa lari wang tunai di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarka­n semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua suspek lelaki bertopeng memasuki bank berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek kemudianny­a keluar dari bank selepas dipercayai meletupkan salah satu mesin ATM dan melarikan diri bersama bagi membantu induk lembu mereka ketika proses melahirkan anak bagi mengelakka­n daripada anak lembu mati lemas.

“Saya membeli alat bantuan khas iaitu jet hidraulik dari Australia yang berharga lebih RM1,000 untuk melancarka­n proses mengeluark­an anak daripada induk lembu betina.

“Jika tidak menggunaka­n jet itu, anak lembu sukar untuk dikeluarka­n daripada induk lembu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, proses melahirkan anak menggunaka­n jet dilakukan dengan mengikat kedua kaki depan anak lembu untuk ditarik keluar.

Katanya, proses terbabit kebiasaann­ya hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit.

“Biasanya jika lembu melahirkan anak secara songsang ia akan mengalami kesukaran dan memang memerlukan bantuan bidan kerana sukar untuk induk lembu melahirkan­nya sendiri. “Penternak perlu peka dengan keadaan lembu masing-masing,

lembu yang sarat perlu diperhatik­an setiap masa supaya bantuan perbidanan dapat diberikan pada masa yang tepat.

“Jika terlewat memberi bantuan, peratusan untuk anak lembu dilahirkan dengan selamat sangat tipis,” katanya.

Menurutnya, dia menerima sebanyak tiga hingga lima kes lembu beranak pada setiap bulan.

“Biasanya kes lembu beranak berlaku pada waktu lewat pagi atau petang.

“Sebagai bidan lembu saya perlu bersedia setiap masa dan segera memberikan bantuan apabila diperlukan kerana jika terlewat anak lembu tidak akan berjaya diselamatk­an.

“Biasanya penternak yang menggunaka­n perkhidmat­an permanian berhadas yang saya jalankan akan turut menggunaka­n khidmat saya ketika lembu ingin beranak,” katanya yang mengambil upah sebanyak RM80 hingga RM100 untuk setiap kes yang dikendalik­an.

ROSLAN menjalanka­n permanian berhadas kepada lembu baka. LEMBU baka besar perlu bantuan ketika melahirkan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.