Mangsa ribut terima bantuan awal RM300

Harian Metro - - Setempat -

Kerajaan negeri menghulurk­an bantuan awal sebanyak RM300 semalam bagi meringanka­n beban mangsa ribut tempias taufan Lekima di Perlis pada Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana negeri, Ruzaini Rais berkata, bantuan itu akan disampaika­n oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020, semalam.

“Sebelum ini kerajaan negeri menghulurk­an bantuan awal berupa barangan keperluan yang bernilai RM100 kepada mangsa ribut bermula Sabtu lalu sehingga semalam.

“Namun pada hari ini (semalam) juga kita mula memberikan bantuan awal berupa wang tunai berjumlah RM300 yang akan diagihkan kepada 1,023 buah keluarga yang terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.