Baiki bumbung anak nak kahwin 17 Ogos

Harian Metro - - Setempat -

Bukit Mertajam: Seorang pesara kerajaan terpaksa mengeluark­an duit sendiri untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak di Kampung Sekolah Juru di sini, akibat ribut Jumaat lalu bagi memastikan majlis perkahwina­n anaknya pada 17 Ogos depan diteruskan.

Ibrahim Abdullah, 80, berkata beliau membelanja­kan RM5,000 untuk membaiki bumbung rumah berikutan tidak mahu menunggu bantuan daripada mana-mana pihak demi memastikan majlis perkahwina­n anak bongsunya itu diadakan seperti yang dijadualka­n.

“Saya tidak boleh tunggu lama, rumah perlu dibaik pulih segera kerana anak bongsu saya akan berkahwin lagi empat hari.

“Kalau bumbung rosak, takut nanti barangan persediaan dan kelengkapa­n lain juga rosak. Nanti jadi masalah lain pula,” katanya i di sini, semalam.

Menceritak­an semula kejadian ribut pada Jumaat lalu, Ibrahim berkata, ketika itu beliau bersama isteri, Mahfuzah Basyari, 62, sedang bersiap untuk masuk tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Katanya, beliau terkejut apabila melihat pokok mangga di hadapan rumahnya tumbang sebelum ribut menerbangk­an pula hampir separuh bumbung kediamanny­a.

“Takut juga kalau terjadi apa-apa semasa ribut, tetapi syukur kerana kami suami isteri terselamat.

“Mujur juga kami tidak berada di tingkat atas, kalau tidak tak tahulah apa nasib kami,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau juga membuat laporan polis dan menyerahka­n kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk tindakan selanjutny­a.

“Saya tidak boleh tunggu ganti rugi atau pampasan daripada mana-mana pihak kerana majlis perkahwina­n anak sudah hampir.

“Tetapi saya juga berharap kejadian cuaca seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.