RM5,000 baik pulih kediaman

Harian Metro - - Setempat -

Setiap keluarga yang kediaman mereka terjejas akibat ribut tempias taufan Lekima di negeri ini akan menerima bantuan maksimum RM5,000 bagi membaik pulih rumah.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata, bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) disalurkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri.

Katanya, keputusan itu dibuat malam kelmarin hasil perbincang­an Penyelaras Bantuan Bencana Ribut Negeri Kedah yang terdiri daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Nadma dan Pentadbira­n Daerah.

“Pejabat Daerah perlu menyelaras dan mendapatka­n anggaran lengkap kerosakan serta kemusnahan kediaman yang terbabit,” katanya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.