Bawa tenang

Harian Metro - - Minda -

Muslim)

Lantaran itu, hidup ini suatu nikmat pergunakan segala nikmat yang ada supaya nikmat yang diberikan itu memberi manfaat yang besar dan berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat. Hidup yang berkat adalah hidup yang dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Bagi mengatasi masalah kewangan dalam keluarga bidang perniagaan dapat mengatasin­ya. Melalui perniagaan secara dalam talian atau berniaga apa saja barangan terutama makanan dapat menampung perbelanja­an keluarga. Ingatlah manusia yang hidup dan sihat perlukan makan.

Oleh itu, berniaga makanan sentiasa mendapat sambutan yang baik dengan syarat makanan itu sedap, berkhasiat, bersih dan tidak terlalu mahal. Banyak gerai atau restoran yang menjual makanan sekarang ini mengabaika­n soal harga dan kebersihan. Berkaitan rezeki Nabi SAW bersabda: “Mata pencarian paling afdal adalah berniaga dengan penuh kebajikan dan dari hasil usaha tangan.” ( HR Al Bazzar dan Ahmad)

Apa juga cabaran dalam kehidupan terutama berkaitan rezeki semuanya datang dari Allah. Jika kita berusaha, tabah dan yakin apa juga masalah dapat diatasi dengan mudah. Hiduplah dengan sederhana dan berbelanja­lah dengan sederhana mengikut pendapatan kita dan jangan boros dalam kehidupan.

Kesimpulan­nya bagi menghadapi apa juga cabaran hidup, tabahlah meskipun dalam kesusahan dan syukurlah atas segala pemberian-Nya. Bersangka baiklah dengan Allah supaya kita sentiasa dalam keredaan-Nya. Ada banyak kenikmatan hidup yang Allah berikan buat kita semua. Antaranya, kenikmatan tubuh badan yang sihat dan rezeki yang melimpah, cuma kita yang tak nampak dan jarang bersyukur.

Penulis Berkelulus­an PhD Persuratan Melayu UKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.