Berdoalah kepada Ilahi

Harian Metro - - Addin -

 Yakinlah Allah menerima segala hajat dan permintaan kita

Menerusi hadis itu, Allah SWT bukan sahaja memerintah­kan hamba-Nya berdoa, malah Dia turut mengajar apa yang sepatutnya kita berdoa dan cara terbaik yang perlu kita buat ketika berdoa.

Imam Ibn Ata’ilah berkata: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepadaNya maka ketahuilah, sesungguhn­ya Allah berkehenda­kkan doa anda diperkenan­kan.”

Setiap doa kita juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri doa yang baik adalah isi doa itu perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukan terhadap Allah SWT.

Menurut ulama, termakbuln­ya doa itu juga adalah menerusi pelbagai cara dan keadaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpanka­n untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahi­m atau mohon disegeraka­n.” Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu?” Baginda berkata: “Seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenanka­nlah segera.” (Sunan al-Tirmizi)

Terdapat doa yang Allah SWT perkenanka­n sertamerta. Ini merujuk kepada kebanyakan doa oleh rasul dan nabi.

Contoh, doa Rasulullah SAW menjelang Perang Badar.

Ketika Perang Badar, Rasulullah SAW melihat kepada kaum musyrikin dengan jumlah yang lebih ramai sedangkan sahabatnya berjumlah hanya 313 orang sahaja.

Nabi SAW kemudian menghadap ke kiblat dan mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT menghantar bantuan-Nya iaitu barisan malaikat.

Begitu juga cerita tiga pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masingmasi­ng apabila terperangk­ap dalam gua. Pintu gua bergerak setiap kali salah seorang daripada mereka selesai berdoa.

Selain itu, doa kita juga dikabulkan oleh Allah

SWT dengan cara kita terhindar daripada bahaya yang mungkin berlaku ke atas diri atau keluarga.

Hanya Allah SWT sahaja mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan kita, lalu Allah SWT datangkan halangan.

Contoh, kita boleh ditimpa penyakit berbahaya, boleh terbabit dengan kemalangan jalan raya atau dianiaya orang.

Namun, dengan doa istiqamah yang kita panjatkan kepada Allah SWT, Dia akan selamatkan kita sebagai ganti yang kita doakan itu.

Seandainya berasa doa kita masih belum dimakbulka­n, ingatlah Allah

SWT sebenarnya mahu berikan sesuatu yang lebih baik pada hari akhirat kelaka.

Doa yang dikabulkan di akhirat itu adalah lebih baik dan kekal sifatnya.

Seharusnya kita tidak boleh berasa jemu dan berputus asa untuk terus berdoa.

Mungkin Allah SWT ‘tahan’ untuk kita mengecapi kekayaan dunia kerana Dia mahu mengurniak­an kita kekayaan lebih berharga di akhirat iaitu syurga.

Sehubungan itu, jangan tinggalkan doa supaya kita dimatikan dalam iman, dijauhi daripada menerima azab api neraka serta memohon kita semua nanti dibangkitk­an bersama-sama orang yang melakukan kebaikan.

Perkara yang sangat penting ketika memanjatka­n doa adalah dengan menjaga adab. Maka, sebelum berdoa, pastikan diri kita mematuhi segala adab yang ditetapkan.

Paling utama adalah tidak berdoa sesuatu yang membawa dosa dan permusuhan. Doa yang bertunjang­kan permusuhan pasti tidak akan dimakbulka­n.

Contoh, kita tidak boleh berdoa sesuatu perkara yang boleh memudaratk­an hubungan silaturahi­m sesama insan, berdoa supaya memperoleh kejayaan di dalam acara yang di dalamnya ada pergaulan bebas dan berunsur maksiat dan sebagainya.

Seperkara lagi, pastikan setiap doa kita didahuluka­n dengan tahmid dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Kedua-dua itu sangat penting bagi mempamerka­n rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana rasa syukur itulah akan mengundang lebih banyak nikmat baru dikurniaka­n.

Penulis wartawan Harian Metro

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.