Kempen kebersihan alam sekitar di Mina

Harian Metro - - Setempat -

Makkah: Setiap kali selesai musim haji terutama di Mina, sampah-sarap terutama botol minuman pasti akan berlambak seolah-olah menunjukka­n sikap umat Islam yang tidak mementingk­an kebersihan.

Justeru, Tabung Haji (TH) mengambil inisiatif sejak dua tahun lalu melancarka­n Kempen Kebersihan Masyair di Maktab 80 di Mina.

Malah, maktab itu juga dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, kempen itu bertujuan menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan maktab jemaah di khemah di Mina dengan cara mengasingk­an barang yang hendak dibuang.

adalah inisiatif Kerajaan Arab Saudi melalui pihak Muassasah Asia Tenggara dan tahun ini mereka memilih beberapa maktab termasuk Maktab 80 mewakili Malaysia dan empat lagi adalah maktab jemaah haji Indonesia.

“Kempen ini satu tahap lagi daripada kebersihan iaitu menjaga persekitar­an tahap kita dan saya harap jemaah haji Malaysia dapat membersihk­an khemah mereka dengan sebersihny­a sebelum meninggalk­an Mina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.