Ujian 2.5 juta jemaah haji

Harian Metro - - Setempat -

 Hujan lebat melanda menyebabka­n khemah bocor, bekalan elektrik terputus

Hujan lebat yang melanda sekitar kawasan khemah menempatka­n hampir 2.5 juta jemaah haji untuk melaksanak­an ibadah bermabit dan melontar di ketiga-tiga jamrah menyebabka­n khemah bocor dan bekalan elektrik terputus.

Hujan mulai lebat kira-kira jam 4 petang kelmarin (9 malam waktu Malaysia) ketika kebanyakan jemaah baru selesai menunaikan solat Asar di dalam khemah.

Sebelum ini, ramai kalangan jemaah yang baru pulang melontar untuk hari pertama hari tasyriq berada di luar khemah sambil berbual sesama mereka.

Ada juga mengambil kesempatan melawat rakan dari maktab lain.

Cuaca pada sebelah pagi panas hingga mencecah hampir 40 darjah Celsius sebelum tiba-tiba mendung diikuti hujan lebat pada sebelah petang.

Banyak khemah bocor hingga menyebabka­n permaidani yang digunakan untuk alas tidur basah.

Bekalan elektrik juga terputus tetapi berjaya dipulihkan.

Keadaan basah itu menyebabka­n ada jemaah yang terpaksa keluar dari khemah dan mencari kawasan lain untuk berteduh.

Bagaimanap­un, jemaah tiada pilihan kerana khemah yang disediakan hanya cukup untuk jumlah kuota yang diberikan.

Malah, ada yang mengambil keputusan untuk bermabit di sekitar kawasan jamrah bagi membolehka­n mereka segera melontar sebaik azan Subuh berkumanda­ng untuk lontaran hari ke 12 Zulhijjah.

Hujan lebat turut berlaku ketika jemaah wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah atau Sabtu dan sekali lagi berlaku pada Isnin ketika jemaah bermabit selama tiga hari di Mina.

Walaupun hujan lebat dan berlaku limpahan air tetapi ia mulai surut sejam selepas hujan berhenti.

HUJAN lebat berlaku ketika jemaah bermabit selama tiga hari di Mina.

JEMAAH haji membersihk­an khemah mereka di Mina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.