Harian Metro

Pak Do kutip Jalur Gemilang

- Faliq Lajim faliq.lajim@nstp.com.my

 Peniaga ikan kini sudah kumpul 3,000 bendera

“Dulu Pak Do teringin nak kibar Jalur Gemilang macam orang lain seperti dalam kaca televisyen namun, masa tu tiada duit nak beli bendera.

“Jadi Pak Do hanya mampu kutip bendera jatuh di atas jalan ketika dalam perjalanan pulang berniaga ikan dari Pasir Mas ke Tanah Merah,” kata Mohd Nasir Mustapha, 60.

Sehingga kini, bendera yang dikutip sejak tahun 2000 oleh Mohd Nasir atau lebih mesra dengan panggilan Pak Do sudah mencecah kira-kira 3,000 helai.

Menurutnya, semua bendera yang dikutip itu akan dijadikan perhiasan untuk rumah atau van miliknya.

“Daripada teringin nak kibar bendera, lama-lama ia menjadi hobi. Jadi Pak Do kutip sehingga hari ini.

“Sekiranya bendera itu koyak dan boleh dibaiki, Pak Do akan jahit semula. Namun, sekiranya ia tidak boleh digunakan lagi, Pak Do hanya simpan dalam rumah.

“Pak Do tak sanggup nak buang bendera-bendera ini sebab teringat keringat pejuang

merdeka terdahulu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam pada itu, Pak Do yang menetap di Tanah Merah, Kelantan berkata, dia sering disindir oleh rakannya yang mempertika­ikan semangatny­a untuk mengibarka­n Jalur Gemilang.

“Ada yang cakap dekat Pak Do ‘Kau buat apa ni, orang lain tak buat kenapa kau nak sibuk kibar bendera. Bukan orang hargai pun.

“Walaupun, geram namun pendekatan Pak Do senang iaitu tidak perlu berkawan dengan orang yang akan memberikan kesan negatif kepada kita.

“Bagaimanap­un, kata-kata positif daripada orang ramai membuatkan Pak Do sentiasa bersemanga­t untuk teruskan kibar Jalur Gemilang ini sehingga habis hayat,” kata bapa kepada empat orang anak ini.

Sementara itu, Pak Do berkata, dia mempunyai sehelai baju Malaysia Boleh yang diperbuat daripada Jalur Gemilang yang disimpan sejak 2014.

“Baju itu, Pak Do simpan sampai sekarang. Sepatutnya, Pak Do guna baju itu ketika perlawanan akhir bola sepak yang membabitka­n pasukan Malaysia dan Thailand pada 2014.

“Itu memang impian Pak Do sampai sekarang nak pakai baju itu ketika Malaysia lawan pada peringkat akhir. Cuma tak dapat peluang itu lagi.

“Kadang-kadang perbelanja­an Pak Do hanya sekadar cukup makan. Jadi untuk ke Kuala Lumpur itu makan banyak belanja,” katanya.

 ??  ?? VAN Pak Do turut dihiasi bendera Malaysia.
VAN Pak Do turut dihiasi bendera Malaysia.
 ??  ?? AKSI Pak Do memakai baju merdeka.
AKSI Pak Do memakai baju merdeka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia