Cemas ambulans terbakar

Harian Metro - - Setempat -

Kakitangan dan orang awam yang berada sekitar pekarangan Farmasi Pandu Lalu Hospital Melaka di sini, cemas apabila bahagian depan sebuah ambulans tiba-tiba terbakar, jam 8.05 pagi, semalam.

Pemeriksaa­n awal dilakukan mendapati 10 peratus bahagian depan ambulans itu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzam­an Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 pagi.

Katanya, susulan itu 16 anggota yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Kamaruliza­m Abdullah bersama jentera bergegas ke lokasi.

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan kenderaan yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.