Pemandu teksi maut nahas

Harian Metro - - Setempat -

Pemandu teksi maut selepas kenderaan dipandunya memasuki laluan bertentang­an sebelum melanggar kereta jenis Proton Preve di Kilometer 132 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Nordin Kapas, 72, beralamat di Taman Bahagia Court maut di tempat kejadian selepas parah di perut dan kaki sebelah kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang, Superinten­dan Kamarulzam­an Jusoh berkata, pemandu Proton Preve, Zahrul Anuar Mad Jali, 44, juga parah kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

MANGSA maut di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.