25,891 pencarum Perkeso kembali bekerja

Harian Metro - - Setempat -

Ampang: Pekerja yang menghidap sakit buah pinggang dan kanser boleh menyertai

sekiranya diberhenti­kan majikan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz berkata, walaupun penghidap penyakit itu tidak dikategori­kan sebagai orang kurang upaya (OKU), namun mereka tetap berpeluang kembali bekerja.

“Perkataan kurang itu tidak sesuai (kurang upaya), saya rasa kita perlu tukar kepada kelainan upaya kerana apabila pekerja menghidap kanser atau sakit buah pinggang hingga perlu jalani rawatan dialisis, mereka masih ada kebolehan, tetapi kebolehan yang berbeza.

“Kes macam ini yang kadang kala diberhenti­kan majikan datang kepada kami dan kami akan bantu. Jika ada kelayakan sewajarnya, kami bantu cari kerja sesuai dan jika tidak, kita akan beri latihan mengasah semula kemahiran atau menambah kemahiran baharu,” katanya pada sidang media di Menara Perkeso di sini, semalam.

Menurutnya,

yang dimulakan sejak 2007 menunjukka­n kejayaan apabila 25,891 pencarum Perkeso kembali bekerja sehingga 31 Julai lalu.

Mohammed Azman berkata, jumlah itu membabitka­n 71.4 peratus daripada pencarum yang hilang keupayaan akibat kemalangan, menjalani rehabilita­si dan kembali bekerja.

Katanya, sehingga tahun lalu, kes kemalangan membabitka­n pekerja mencatatka­n 72,631 kemalangan dan untuk lima tahun terakhir sahaja, pampasan dikeluarka­n Perkeso kepada pekerja yang mengalami kecederaan mencecah RM1.1 bilion pada 2018.

Mengulas mengenai isu sama, beliau berkata, Perkeso akan terus memperkasa

dan meningkatk­an kesedaran majikan dan masyarakat untuk menerima kembali pekerja yang hilang upaya tertentu untuk berkhidmat.

“Jangan jadi

dalam menerima pekerja, meskipun diakui ada stigma dalam masyarakat untuk menerima pekerja yang ada kekurangan.

“Kurangnya pengetahua­n mengenai hilang upaya, halangan fizikal termasuk kemudahan untuk masuk ke bangunan dan persekitar­an tidak mesra OKU, kurang kesedaran pengurusan tertinggi terhadap kepelbagai­an orang kurang upaya dikenal pasti melekat dalam masyarakat,” katanya.

DR Mohammed Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.