Seminar MH17 di UIAM Sabtu ini

Harian Metro - - Tengah -

Orang ramai dijemput menghadiri Seminar MH17:

The Quest For Justice yang bakal berlangsun­g di Auditorium Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Gombak pada Sabtu ini.

Program anjuran Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan Pusat Kajian Globalisas­i (CRG) turut mendapat kerjasama UIAM.

Dalam kenyataan bersama di sini, semalam ucapan pembukaan seminar itu akan dilakukan Presiden JUST, Dr Chandra Muzaffar sebelum dirasmikan Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Persidanga­n bermula jam 7.30 pagi itu akan berkongsi pandangan dan maklumat berhubung kronologi tragedi pesawat Penerbanga­n Malaysia MH17 yang mengorbank­an 298 penumpang dan kru akibat ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Pengisian program berkenaan akan memaparkan dokumentar­i kejadian, perbincang­an sudut perundanga­n, pelan tindakan dan lain-lain.

Mereka yang ingin menyertai program itu boleh menghantar butiran diri di [email protected] just-internatio­nal.org atau [email protected]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.