Sunnah Nabi antara amalan lelaki berusia 100 tahun

Harian Metro - - Tengah -

Mengikut Sunnah Nabi Muhammad dalam menjaga kesihatan adalah antara amalan seorang lelaki berusia 100 tahun di sini, yang menyambut ulang tahun hari kelahiran pada 31 Julai lalu.

Salleh Said berkata, amalan sunnah itu ialah petua istimewa yang dikongsika­n baginda kepada umatnya namun tidak semua mampu mengamalka­nnya.

Katanya sebagai seorang Islam, dia menjaga kesihatan dengan melakukan senaman ringkas setiap hari selain tidak terus baring selepas makan.

“Jangan melihat perkara ini remeh kerana ia sebenarnya sangat membantu untuk tubuh manusia, walaupun pada usia ini saya masih mampu berjalan setempat kerana ia baik untuk proses penghadama­n.

“Manakala untuk mengaktifk­an tubuh, saya minum air kosong sebaik bangun dari tidur,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Korok, Telaga Batu, Ayer Hitam di sini.

Bapa kepada 11 anak, 51 cucu dan 68 cicit itu berkata, sunnah lain yang diamalkan adalah dengan menjirus air pada bahagian kaki dahulu dan seterusnya naik ke atas sehingga kepala ketika mandi.

“Manakala ketika makan, saya, tidak pernah campur makanan laut dan darat seperti daging dan sotong, dan ayam dan ikan,” katanya.

Sementara itu, anak bongsu Salleh, Sofian,47, berkata, bapanya pernah diserang angin ahmar di bahagian kanan badan pada 2017 namun pulih tidak sampai setahun kemudian.

“Bapa seorang yang bersemanga­t tinggi dan sepanjang rawatan, dia patuh pada segala arahan doktor,” katanya.

SALLEH bersama kek digubah dengan nombor 100 yang menjadi simbolik umurnya mencecah satu abad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.