Pesara kerajaan dakwa ditipu kontraktor penyelengg­araan

Harian Metro - - Tengah -

Kuala Lumpur: Impian seorang pesara kerajaan mahu menikmati imbuhan lumayan dalam pelaburan musnah selepas mendakwa diperdayak­an seorang kontraktor penyelengg­araan.

Lelaki mahu dikenali sebagai Shukor, 55, berkata, dia mengenali kontraktor berusia 40-an terbabit selepas membeli kereta terpakai pada April 2017 lalu.

Katanya, dia kemudian dipelawa menyertai projek mencuci kapal di Singapura yang didakwa mampu memperoleh keuntungan 10 peratus setiap bulan daripada jumlah modal dilaburkan.

“Tertarik dan percaya dengan lelaki itu, saya menyertain­ya dengan harapan hasil keuntungan itu dapat digunakan semasa bersara nanti.

“Pada mulanya lelaki terbabit meminta membuat pelaburan RM100,000, namun saya hanya mampu mengumpul wang RM53,000,” katanya ketika ditemui di Jalan Sentul Pasar, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, wang itu kemudian diserahkan kepada lelaki berkenaan secara berperingk­at sehingga Mei 2017 hasil duit simpanan dan pinjaman daripada saudara serta kenalan.

Katanya, dia mendapat keuntungan RM10,600 sebulan pada Jun dan Julai 2017, namun tiada wang diperolehi pada bulan berikutnya.

“Lelaki itu mula memberi pelbagai alasan sebelum memasukkan wang RM100 pada Disember 2017.

“Menyedari tertipu, saya membuat laporan polis pada Julai 2018 di Balai Polis Anak Bukit, Alor Setar sebelum satu lagi laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur September 2018.

“Apa yang saya harapkan jika lelaki itu tidak mampu membayar atau memulangka­n semula modal itu, cukuplah sekadar memberi aset yang mempunyai nilai sama dengan modal pelaburan itu,” katanya.

SHUKOR menunjukka­n dua laporan polis yang dibuatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.