Sapu RM800!

Tiga warga asing dicekup menyamar sebagai ejen program Pulang Ke Negara Asal

Harian Metro - - Tengah - Khairul Najib Asarulah Khan [email protected]

Tiga warga asing yang mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai ejen program Pulang Ke Negara Asal (B4G) menerima padah apabila dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL) pada Sabtu lalu.

Pengarah JIM WPKL, Hamidi Adam berkata, hasil risikan mendapati ulat itu mengenakan bayaran mencecah RM1,500 untuk seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) sedangkan kos sebenar hanya RM700.

Katanya, berdasarka­n maklumat dan risikan dijalankan, pihaknya berjaya

mengesan tiga ejen itu di sekitar Lembah Klang sejak program itu bermula 1 Ogos lalu.

“Kita menahan seorang lelaki warga Pakistan yang membawa sembilan Pati, selain seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang membawa lima Pati untuk siasatan.

“Mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun itu disyaki mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mudah menerusi program itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan risikan secara berkala bagi mengelakka­n PATI yang ingin pulang ke negara mereka daripada terpedaya.

“Program itu memberi peluang kepada warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) untuk pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat ditetapkan.

“Namun, tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan membuatkan warga asing yang ingin pulang merasai kos terlalu tinggi perlu dibelanjak­an,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumka­n program berkenaan bagi mengurangk­an bilangan Pati di negara ini yang dilaksanak­an bermula 1 Ogos sehingga 31 Disember depan.

Mereka perlu mendapatka­n dokumen pengenalan diri lengkap daripada kedutaan negara masing-masing atau pejabat pesuruhjay­a tinggi sebelum menyerahka­nnya kepada pejabat JIM untuk diproses.

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL) menjalanka­n pemeriksaa­n berkaitan program Pulang Ke Negara Asal atau Back For Good (B4G) di sekitar Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.