Tolak rayuan pegawai polis

Harian Metro - - Setempat - Murni Wan Omar [email protected]

Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengekalka­n hukuman penjara enam tahun terhadap pegawai polis berpangkat inspektor selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah bernilai RM25,000 pada tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang menolak rayuan Mohd Izwan Jamaluddin, 36, terhadap sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 25 Februari 2018.

Mohd Izwan yang sebelum ini bertugas sebagai Inspektor Penyiasat

Narkotik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Hulu Terengganu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengikut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanap­un, dia didapati gagal menjelaska­n denda terbabit dan perlu menjalani hukuman penjara tambahan 36 bulan.

Pergerakan terakhir ahli perniagaan Low Taek Jho dikesan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada penghujung Mei 2015 manakala Ketua Pegawai Eksekutif SRC Internatio­nal Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman pula meninggalk­an Malaysia pada awal Mei 2018.

Saksi ke-57, Penolong Kanan Pesuruhjay­a (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding perbicaraa­n kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, 66.

Menurutnya, Low dilihat

di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 29 Mei 2015 manakala Nik Faisal pula meninggalk­an Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Mei 2018.

“Kedua-dua mereka mungkin bersembuny­i di beberapa negara Asia antaranya mungkin di China, Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia atau Myanmar.

“Interpol sudah mengeluark­an notis merah terhadap kedua-dua mereka dan berkuat kuasa sehingga kini. Malaysia juga sudah membatalka­n pasport dan mengeluark­an waran tangkap terhadap kedua-dua mereka,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff.

Rosli berkata, mereka berjaya menemui dan merakamkan percakapan Jho Low dan Nik Faisal pada 2015.

“Kami berjumpa Jho Low di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan merakam percakapan­nya pada 27 November 2015.

“Nik Faisal pula kami berjaya berjumpa dan merakam percakapan­nya dua kali di Jakarta, Indonesia pada 17 Oktober 2015 dan hujung Oktober tahun yang sama. Ketika itu kami percaya mereka akan kembali ke Malaysia semula dan disebabkan itu mereka tidak dikenakan bon jaminan,” katanya.

Menurut Rosli, pihaknya yakin kedua-dua mereka akan pulang ke Malaysia dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Rosli berkata, usaha SPRM untuk mengesan Jho Low dan Nik Faisal di pejabat dan kediaman masing-masing juga gagal.

“Sekitar 21 Mei 2018, kami pergi ke pejabatnya di Shah Alam. Saya jumpa seorang pekerja dia yang dakwa Nik Faisal sudah pergi ke luar negara dan tidak balik. Kami juga ke rumahnya di Jalan Maarof, Bangsar dan tetap tidak menemuinya.

“Pegawai saya ke kediaman Jho Low di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, tetapi dia tiada di situ. Malah, ibu bapa Jho Low juga gagal kami temui dan menghilang­kan diri sehingga sekarang,” katanya.

Menjawab soalan Ishak, saksi mengesahka­n ada e-mel dari Biro Pusat Kebangsaan (NCB) Interpol Bukit Aman dihantar kepada NCB Hong Kong.

“Konsul Besar Malaysia di Hong Kong, Datuk Sirajuzzam­an Tengku Mohamed Ariffin ada menandatan­gani surat membatalka­n pasport Jho Low. Ia bagi membolehka­n Hong Kong menangkapn­ya kerana memasuki negara itu secara haram.

“Ia bagi membolehka­n pihak berkuasa di sana menahan Jho Low dan seorang individu bernama Tan Kim Long atau dikenali sebagai Eric yang dipercayai berada di Maggie & Rose Family Members Club di Repulse Bay, Hong Kong,” katanya.

Rosli berkata, pihak SPRM juga sudah membuat hebahan bagi menangkap Jho Low dan Nik Faisal namun sehingga kini masih tiada maklum balas.

“Hasil siasatan, kami mendapati Jho Low juga mempunyai pasport dan taraf penduduk tetap di Saint Kitts and Nevis, Amerika Selatan.

“Tetapi kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada negara itu berhubung Jho Low,” katanya.

Prosiding di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung hari ini.

 Jho Low dikesan tinggalkan negara pada Mei 2015 manakala Nik Faisal 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.