Kesan dua lelaki suspek kes tetak

Harian Metro - - Setempat -

Polis meminta orang ramai tampil memberi maklumat bagi mengesan dua lelaki yang menetak dan mengelar Timbalan Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah dalam kejadian di Jalan Tengku Chik di sini, 28 Julai lalu.

Kejadian jam 7.30 malam menyebabka­n Kamaruddin, 67, cedera di pinggang, perut dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Katanya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut daripada pelbagai sudut termasuk kaitan dengan kes dadah seperti didakwa.

“Setakat ini kita belum mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.