Caj kolej kediaman dikutip sejak 2014

Harian Metro - - Setempat -

Shah Alam: Penuntut pradiploma, diploma,

dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang disediakan tempat tinggal di dalam kampus akan dikenakan caj kolej kediaman mulai September depan.

Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, tindakan itu sudah dimulakan sejak 2014 selepas perbincang­an dan kajian terperinci.

“Bayaran kolej kediaman di dalam kampus bagi penuntut Ijazah Sarjana Muda diperkenal­kan sejak Disember 2005 lagi.

“Lanjutan daripada itu, perbincang­an serta kajian terperinci untuk mengenakan caj kepada pelajar diploma mula dibuat sejak 2014.

“Pihak universiti seterusnya mengambil keputusan untuk melaksanak­an caj ini mulai semester September tahun ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu caj bayaran kolej kediaman UiTM yang bakal dikenakan kepada penuntut beberapa jurusan tular di laman sosial, kelmarin.

Menurut Mohd Azraai, kadar bayaran yang akan dikenakan hanya sebanyak RM2, RM3 dan RM4 sehari bergantung kepada jenis bilik mengikut pilihan penuntut.

“Namun, UiTM sedar ada segelintir penuntut daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Justeru, kita mengecuali­kan beberapa kategori penuntut daripada membayar caj sewa kolej kediaman termasuk mereka daripada keluarga susah berpendapa­tan bulanan bawah RM2,500 dengan tanggungan yang ramai.

“Selain itu, penuntut yang terbabit dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar (JPK), badan beruniform dan sukan yang mewakili negara dan diiktiraf Kementeria­n Belia dan Sukan dikecualik­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.