Peruntuk RM20j untuk teknologi hijau

Harian Metro - - Bisnes -

Petaling Jaya: Kerajaan melalui Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) memperuntu­kkan sebanyak RM20 juta dana MREPC bagi teknologi hijau dan automasi.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MREPC, Chik Chan Chee berkata, dana itu juga adalah untuk menggalakk­an dan menyokong syarikat pengeluar produk getah yang mengadapta­si teknologi hijau dan automasi.

Katanya, menerusi dana ini syarikat yang layak akan diberi geran sehingga 50 peratus daripada kos projek (nilai projek maksimum RM1 juta bagi setiap syarikat).

“Dana ini merangkumi teknologi hijau dan automasi yang terdiri daripada tenaga biomas, solar, kitar semula dan tuaian.

“Sejak dana ini dibuka awal 2019, sebanyak 19 permohonan telah diterima yang mana majoriti 12 daripadany­a membabitka­n projek automasi dan tujuh projek teknologi hijau,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Dana MREPC bagi teknologi hijau dan automasi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.