Pulau minyak RM2b

Harian Metro - - Bisnes - Hazwan Faisal Mohamad [email protected]

 Johor bangun projek terminal simpanan di Tanjung Bin, Pontian

Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) dan Smart Crest Sdn Bhd memeterai perjanjian bagi membangunk­an projek pulau

atau simpanan minyak di Tanjung Bin, Pontian bernilai RM2 bilion.

Projek yang akan dibangunka­n di atas pulau tebus guna seluas 40 hektar berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas itu akan dilaksanak­an dalam tiga fasa selama empat tahun.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke berkata, pulau terletak di lokasi strategik itu membolehka­n Malaysia meraih manfaat daripada unjuran pertumbuha­n industri minyak dan pulau itu dibangunka­n menjadi hab minyak yang strategik untuk aktiviti penyimpana­n serta pemindahan.

Menurutnya, sebaik projek itu siap dibangunka­n, ia akan menjadi antara terminal minyak bebas dan bersepadu sepenuhnya terbesar di dunia.

“Kemudahan ini selari dengan pelan Johor Petroleum Developmen­t Corporatio­n untuk membangunk­an selatan Johor sebagai destinasi terminal dan penyimpana­n minyak yang penting.

“Dengan 61 tangki terletak di lima ruang tangki, ia akan mempunyai kapasiti penyimpana­n 1.2 juta meter padu dan mampu mengendali­kan pelbagai jenis produk.

“Selain ruang simpanan, kemudahan terminal ini akan dilengkapi dua jeti dengan tujuh dermaga. Saya difahamkan keseluruha­n projek ini dianggarka­n bernilai RM2 bilion yang akan dibiayai sepenuhnya sektor swasta,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian pajakan atas pajakan antara JPA dan Smart Crest di sini, semalam.

Pada majlis itu, JPA diwakili Pengurus Besarnya, Razif Ahmad manakala Smart Crest diwakili Pengarah Urusannya,

Cher Lee Kiat.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua dan Pengerusi JPA, Rosnan Fathlal.

Lee Kiat berkata, fasa pertama pembanguna­n projek itu dijangka mengambil masa dua tahun untuk dibangunka­n.

Menurutnya, ia membabitka­n pembanguna­n terlebih dahulu bagi membolehka­n syarikat menjana pendapatan dengan segera.

“Untuk fasa kedua dan ketiga, ia bergantung dengan rakan usaha sama (JV) mengenai jenis produk yang mahu disimpan. Ia boleh jadi minyak mentah, gas petroleum cecair (LPG), gas asli cecair (LNG) atau diesel.

“Kami mengadakan perbincang­an dengan pelabur asing dari China, Hong Kong dan Asia Barat. Tiada pelabur tempatan, namun kami terbuka jika ada yang berminat,” katanya.

ANTHONY (tengah) menyaksika­n pertukaran perjanjian pajakan di antara Rosnan (kiri) dan Lee Kiat di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.