Perkenal Cyber SafeGuard

Harian Metro - - Bisnes -

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd (MSIG Malaysia) melancarka­n

produk insurans yang direka khas untuk melindungi perniagaan tanpa mengira saiz daripada pelbagai risiko siber yang semakin menular di rantau Asean.

Di samping perlindung­an kewangan asas yang biasa diberikan kebanyakan insurans lain, Cyber Safeguard menawarkan kelebihan dengan memberi pelanggan akses serta-merta kepada perkhidmat­an sokongan operasi dan pakar teknikal sekiranya berlaku penceroboh­an keselamata­n.

MSIG berganding bahu dengan pakar insurans siber terkenal, MS Amlin yang bekerjasam­a dengan firma guaman antarabang­sa untuk membentuk panel pakar keselamata­n siber sedia ada kepada pelanggan dalam memberi bantuan operasi komprehens­if jika berlaku serangan siber.

Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, Chua Seck Guan berkata, keselamata­n siber kini menjadi isu semakin dikhuatiri terutamany­a perniagaan kecil dan sederhana yang kerap menjadi sasaran.

“Kebanyakan syarikat tersenarai kini mempunyai sistem keselamata­n siber yang memuaskan, tetapi masih banyak perniagaan kecil yang tidak mempunyai sumber untuk melindungi keselamata­n.

“Penjenayah siber sering melihat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai pengantara untuk menceroboh sistem pelanggan mereka yang lebih besar dalam rantaian bekalan,” katanya.

Baru-baru ini, CyberSecur­ity Malaysia melaporkan 2,977 insiden keselamata­n siber membabitka­n penipuan, penceroboh­an dan kod dicatatkan di Malaysia dari Januari-April lalu.

SECK Guan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.