Mahmud dilantik Pengerusi baru HDC

Harian Metro - - Bisnes -

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC), agensi di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi melantik Datuk Mahmud Abbas sebagai pengerusi berkuat kuasa 30 Julai 2019.

Menurutnya, beliau sebagai pengerusi akan menjalanka­n peranan penting dalam meningkatk­an agenda halal di Malaysia sambil menumpukan kepada kehadiran kukuh di peringkat antarabang­sa.

“Ini termasuk menambah baik profil negara sebagai pengeluar utama produk dan perkhidmat­an halal dunia selain menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi perniagaan halal,” katanya di sini, semalam.

HDB berkata, Mahmud mempunyai rekod cemerlang dalam peranan kepemimpin­an dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor korporat.

Portfolio beliau termasuk berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Central Spectrum (M) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan

Bhd dan Pengarah Projek UEM Land Bhd

“Pencapaian utamanya termasuk membantu meningkatk­an peningkata­n Central Spectrum dengan membangunk­an cabang halal di negeri itu,” katanya.

MAHMUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.