Jenama kosmetik Turki intai pasaran Malaysia

Harian Metro - - Bisnes -

Kuala Lumpur: Selepas sekian lama bertapak di Singapura, jenama kosmetik bertaraf antarabang­sa yang mendapat pengiktira­fan halal, Note kini mula mengintai pasaran di negara ini.

Berdasarka­n pretasi jualan semasa diterima di negara jiran, Note Malaysia mengambil langkah proaktif dalam usaha mendekatka­n diri dengan pengguna melalui pembukaan satu lagi kiosk di negara ini menjadikan ia kini memiliki empat kios pengedaran sah.

Pengurus Jualan Rangkaian Note Asean, Mohamed K Zaman berkata, keempat-empat kios itu ialah di Parkson Setia City Mall dan IOI City Mall serta Isetan Gardens Mall dan One Utama.

“Kiosk di Setia City Mall akan dibuka pada 17 Ogos ini dan kami menyediaka­n hadiah kepada pelanggan selama tiga hari bermula 15 Ogos ini.

“Majlis turut dimeriahka­n dengan kehadiran selebriti tempatan, Elfira Loy dan kami mempelawa peminat dan pengunjung pusat beli-belah itu mengunjung­i kios kami,” katanya.

Menurutnya, pembukaan kios itu mendapat sambutan memberangs­angkan sejak Note bertapak di Malaysia.

“Kami dapati wanita tempatan sangat mementinga­n kosmetik halal, tetapi bertaraf antarabang­sa.

“Sebenarnya Note sinonim dengan pengguna di Paris, Dublin dan negara Barat lain walaupun ia produk dari Turki.

“Jadi tidak hairanlah ramai selebriti televisyen, ahli perniagaan dan tokoh agama menggunaka­nnya.

“Keyakinan untuk menembusi pasaran di Malaysia timbul selepas berjaya di Singapura,” katanya.

JENAMA kosmetik bertaraf antarabang­sa, Note kini berada di pasaran tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.