Penembak muncul dengan mata lebam

Harian Metro - - Global -

Oslo: Lelaki yang menembak mati adik perempuan tirinya sebelum melepaskan tembakan di sebuah masjid di Oslo kelihatan tersenyum apabila dibawa ke mahkamah dengan wajah penuh lebam dan bengkak ketika direman, semalam.

Philip Manshaus, 21, yang dinamakan secara rasmi sebagai suspek bunuh adik tirinya berusia 17 tahun serta melakukan tindakan pengganas di Masjid Al-Noor pada Sabtu lalu.

Kejadian di Masjid Al-Noor itu berlaku ketika serangan pengganas kulit putih meningkat di seluruh dunia.

Di Norway, seseorang itu secara rasmi dinamakan sebagai suspek sebelum didakwa.

Manshaus yang memakai baju gelap serta rambut dipotong pendek masuk ke mahkamah sambil tersenyum ke arah kamera.

Mahkamah kemudian membenarka­n lelaki itu ditahan reman selama empat minggu.

Manshaus dituduh masuk ke masjid di pinggir Baerum, Oslo dengan membawa sekurang-kurangnya dua senjata api dan melepaskan tembakan sebelum ditangkap seorang lelaki berusia 65 tahun.

Ketika kejadian hanya tiga jemaah berada di dalam masjid. Beberapa jam selepas serangan itu, mayat adik tirinya ditemui di sebuah rumah di Baerum. - AFP

MANSHAUS senyum ketika masuk mahkamah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.