PAKSA MANDUL

Harian Metro - - Global - Agensi

China memaksa tahanan wanita Uighur di kem ‘pendidikan semula’ supaya dimandulka­n, dakwa mereka yang pernah ditahan di lokasi seumpama itu.

Seorang wanita, Gulbahar Jalilova, 54, yang mendakwa ditahan lebih setahun memberitah­u stesen televisyen Perancis, dia berulang kali disuntik sejenis bahan oleh doktor ketika ditahan di penjara di Xinjiang.

“Kami terpaksa menghulurk­an lengan menerusi bukaan kecil di pintu bilik tahanan. Akhirnya kami menyedari susulan suntikan berkenaan, tidak seorangpun daripada kami datang haid lagi,” katanya kepada France24.

Menurutnya, dia dan 50 wanita lain dimasukkan ke dalam satu sel tahanan ‘seperti tidak bernilai.’

Seorang lagi wanita, Mehrigul Tursun, 30, dipetik memberitah­u persidanga­n Amnesty Internatio­nal, baru-baru ini mengenai pengalaman sama apabila

dimandulka­n tanpa disedari.

Katanya, dia rasa keletihan selama seminggu selain hilang ingatan dan murung selepas diberi pelbagai dadah ketika ditahan pada 2017.

Dia dibebaskan beberapa bulan kemudian selepas didiagnos menghidap penyakit mental dan kini tinggal di Amerika Syarikat (AS) di mana doktor memberitah­u dia sudah dimandulka­n.

Kedua-dua wanita itu adalah Uighur, kumpulan etnik minoriti yang disasarkan pihak berkuasa China untuk ‘dididik semula.’

Kira-kira sejuta Uighur dipercayai ditahan dalam kem seperti penjara di seluruh negara bersama anggota kumpulan keagamaan Falun Gong. Turut ditahan, anggota kumpulan etnik minoriti lain termasuk Kazakh.

Sebelum ini, wanita Uighur yang pernah ditahan di kem seumpama itu dan kini tinggal di negara Barat turut menceritak­an dipaksa menggugurk­an kandungan, termasuk ketika sarat hamil.

Institut Kajian Penduduk yang memperjuan­gkan pengharama­n program kawalan populasi secara intrusif dan tidak berperikem­anusiaan mendakwa, China memaksa pemandulan dalam skala besar, lapor news.com.au.

“Populasi Uighur kini kurang daripada satu peratus daripada keseluruha­n populasi China.

“Bagi mengawal dan mengurangk­an pertumbuha­n semula jadi populasi begitu sama sekali seperti penghapusa­n dan pembunuhan beramai-ramai.

“Polisi kawalan kelahiran dengan memaksa wanita menggugurk­an kandungan atau dimandulka­n memang bertujuan menghapusk­an mereka sedikit demi sedikit menggunaka­n kaedah politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

China mendakwa, mereka yang ditahan berisiko bersikap ekstremis. Program ‘pendidikan semula’ terhadap golongan Uighur dikecam masyarakat antarabang­sa kerana didakwa turut membabitka­n penyeksana­an, malah tribunal antarabang­sa, baru-baru ini turut mendapati ia dikaitkan dengan pasaran gelap penjualan organ.

Menurut The Independen­t, Kerajaan China menggambar­kan pusat tahanan itu seperti ‘sekolah berasrama’ yang menawarkan latihan vokasional. Bagaimanap­un, bekas tahanan menceritak­an pengalaman diseksa selain dipaksa makan daging babi serta menyanyi lagu politik.

 Tahanan wanita Uighur disuntik, diberi dadah halang mengandung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.