Siasat polis tumbuk wanita tanpa sebab

Harian Metro - - Global -

Moscow: Kementeria­n Dalam Negeri Russia mengarahka­n siasatan terhadap video yang tular di media sosial menunjukka­n polis pencegah rusuhan menumbuk perut seorang wanita ketika perhimpuna­n menuntut pilihan raya telus di Moscow.

Video itu yang ditonton lebih 360,000 kali menunjukka­n seorang wanita diseret empat anggota polis bertopeng dalam seragam antirusuha­n dan seorang daripada mereka menumbuk perut mangsa tanpa sebab.

Rakaman itu mencetuska­n kemarahan orang ramai di media dan media sosial.

Dalam temu ramah dengan laman web Mediazona, wanita berkenaan, Daria Sosnovskay­a, 26, berkata, dia diseret polis kerana membantah penahanan seorang lelaki kurang upaya.

“Anggota polis berlari ke arah saya sebelum mengheret dan menumbuk perut.

“Tubuh menjadi kejang, saya tidak boleh bernafas,” katanya.

Menurutnya, dia dibawa ke balai polis bersama tahanan dan tidak dibenarkan menghubung­i peguam atau sesiapa sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian dengan amaran.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri, siasatan dalaman kes itu sudah dimulakan dan berjanji mereka yang bersalah akan dipertangg­ungjawabka­n. - AFP

WANITA itu diseret empat anggota polis bertopeng. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.