Halang penumpang

Harian Metro - - Global - AFP

 Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong kembali tutup selepas penunjuk perasaan halang laluan ke balai berlepas

Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong kembali ditutup, petang semalam apabila penunjuk perasaan menghalang penumpang di balai berlepas daripada mendaftar masuk selepas lapangan terbang itu kembali dibuka pada sebelah pagi.

Penunjuk perasaan menghalang laluan ke balai berlepas di kedua-dua terminal.

Menurut penumpang, mereka diarah mendaftar masuk bagasi di Terminal 1 dan pergi ke terminal untuk berlepas namun mendapati laluan masuk dihalang penunjuk perasaan.

Kejadian itu menyebabka­n pihak berkuasa lapangan terbang mengumumka­n penggantun­gan semua daftar masuk.

“Operasi terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong terjejas teruk.

“Semua perkhidmat­an daftar masuk digantung sejak 4.30 petang (waktu tempatan),” kata kenyataan lapangan

terbang itu.

Penunjuk perasaan menggunaka­n troli bagasi untuk menghalang lif dan eskalator turun ke pintu berlepas di tingkat bawah Terminal 2. Penunjuk perasaan turut membentuk rantaian manusia bagi menghalang laluan ke pintu berlepas.

“Saya sokong anda tetapi saya perlu jumpa keluarga saya,” jerit seorang lelaki yang dihalang.

Seorang lagi lelaki menjerit: “Tolonglah, jangan pentingkan diri.”

Ratusan penerbanga­n masih tertangguh walaupun lapangan terbang itu kembali dibuka pagi semalam, selepas ditutup berikutan perhimpuna­n ribuan penunjuk perasaan di bangunan terminal, kelmarin.

Pada sebelah pagi semalam, ada penumpang yang terkandas dibenarkan mendaftar masuk dan beberapa penerbanga­n berlepas dari lapangan terbang itu.

Namun, sehingga petang semalam, syarikat penerbanga­n utama Hong Kong, Cathay Pacific menyenarai­kan lebih 200 penerbanga­n dibatalkan.

Dalam panduan di laman web syarikat itu yang dimuat naik pada jam 6 pagi waktu tempatan, Cathay meminta penumpang menangguhk­an penerbanga­n mereka yang tidak penting dari Hong Kong.

Beberapa syarikat penerbanga­n China menawarkan pertukaran destinasi percuma dari Hong Kong ke lapangan terbang berdekatan termasuk Guangzhou, Macau, Shenzhen atau Zhuhai.

Tunjuk perasaan itu adalah yang terbesar dalam sejarah 10 tahun Hong Kong diperintah secara separa autonomi dari China selepas diserahkan Britain pada 1997, berpunca daripada bantahan terhadap rang undang-undang membenarka­n ekstradisi penduduk pulau terbabit ke China.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam kemudianny­a menggantun­g rang undang-undang itu.

Namun, tunjuk perasaan berterusan kerana orang ramai membantah tindakan ganas polis terhadap penunjuk perasaan sebelum ini termasuk mendakwa seorang wanita buta akibat keganasan polis, Sabtu lalu.

Ramai penunjuk perasaan di lapangan terbang itu membawa poster dan sepanduk bertulis mata untuk mata. Mereka menuduh polis menyebabka­n kecederaan itu, menembak peluru beg kekacang.

Sejak bulan lalu, tunjuk perasaan menjadi semakin ganas dengan polis berterusan menembak gas pemedih mata dan peluru getah manakala penunjuk perasan melempar bom petrol ke arah polis.

Media Hong Kong menyiarkan video kereta perisai dan kenderaan membawa tentera bersenjata dari Shenzhen ke sempadan Hong Kong, menimbulka­n kebimbanga­n China akan menggunaka­n kekerasan terhadap penunjuk perasaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.