Bunuh, mengamuk di tengah Sydney

Harian Metro - - Global -

Sydney: Lelaki yang cuba menikam orang ramai di tengah bandar raya ini semalam, dipercayai membunuh seorang wanita dan mencederak­an seorang lagi sebelum mengamuk di kawasan perniagaan namun berjaya ditangkap orang ramai.

Menurut polis, lelaki berusia 21 tahun itu yang dipercayai mengalami gangguan mental membawa pisau dan pemacu komputer mudah alih mengandung­i maklumat serangan di Amerika Syarikat dan New Zealand.

Reuters melaporkan, polis yakin lelaki itu bukan pengganas dan tidak menganggap kejadian berkenaan sebagai serangan pengganas.

Polis kemudian menemui mayat wanita 21 tahun dalam sebuah apartmen dan seorang lagi wanita 41 tahun cedera akibat ditikam di belakang tetapi tidak menyatakan bagaimana wanita berkenaan mati namun mengesahka­n lelaki itu terbabit dalam kedua-dua serangan.

AFP melaporkan, seorang saksi, Megan Hales, berkata, lima atau enam orang mengejar suspek sebelum berjaya menangkapn­ya di hadapan kafe popular di bandar raya itu.

Jurucakap polis, Superinten­dan Gavin Wood berkata, pihaknya masih belum jelas mengenai motif sebenar penyerang itu yang turut menjerit ‘tembak saya’ ketika menyerang orang awam. - Agensi

SUSPEK (kiri) memegang pisau dan menyerang orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.