Dicerai minta RM1.70 mahu beli ubat

Harian Metro - - Global -

New Delhi: Seorang wanita diceraikan talak tiga oleh suaminya selepas meminta wang 30 rupee (RM1.70) untuk membeli ubat.

Agensi berita Asian News Internatio­nal melaporkan, wanita itu yang baru tiga tahun mendirikan rumahtangg­a turut dirampas anaknya dalam kejadian di Hapur, Uttar Pradesh.

“Saya meminta 30 rupee untuk ubat, sebaliknya dia menjerit dan melafazkan talak tiga. Keluargany­a kemudian menghalau saya dari rumah,” katanya seperti dilaporkan Hindustan Times.

Sementara itu, portal berita First Post memetik ibu wanita itu berkata, anak perempuann­ya itu sakit dan meminta wang untuk membeli ubat daripada suami sebelum diceraikan.

Susulan itu, jurucakap polis, Rajesh Singh mengesahka­n kes itu kini disiasat.

Perbuatan melafazkan talak tiga sekali gus diharamkan di India selepas Akta Wanita Islam (Perlindung­an Hak Dalam Perkahwina­n) berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

Ia membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun bagi suami yang menganiaya isteri dengan talak tiga sekali gus.

Perbuatan itu kerap dilakukan di India untuk meraih harta isteri sebelum diceraikan dengan talak tiga termasuk selepas tempoh perkahwina­n yang singkat. - Agensi

GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.