Izin wanita separuh bogel di kolam

Harian Metro - - Global -

Barcelona: Pengguna wanita dibenarkan mandi separuh bogel di semua kolam renang awam di Barcelona, Sepanyol selepas majlis perbandara­n bandar itu menerima aduan bahawa mereka mendiskrim­inasi wanita.

CNN yang memetik kenyataan majlis perbandara­n itu berkata, mereka mendapat aduan daripada kumpulan kempen Mugrons Lliures mengenai peraturan yang tidak seragam dikenakan di kolam renang tertentu.

Aduan terbabit menyebabka­n mereka melakukan siasatan untuk menentukan kebenaran terhadap dakwaan itu.

Berdasarka­n laporan dikeluarka­n akhir Jun lalu, mereka dapati beberapa kolam renang awam memang mengenakan larangan itu terhadap wanita di kawasan tertentu.

Majlis itu yang menentang sebarang bentuk diskrimina­si kemudianny­a menghantar laporan untuk memberi peringatan supaya melaksanak­an kesaksamaa­n jantina termasuk membenarka­n wanita mandi tanpa menutup payudara.

Jurucakapn­ya berkata, tidak ada sebarang peraturan bertulis yang dilaksanak­an mengenai pakaian orang awam di kolam renang mereka namun perbuatan diskrimina­si dilarang.

Bagaimanap­un katanya, mandi dengan mendedahka­n dada untuk wanita bukanlah satu perkara baru di bandar kedua terbesar di Sepanyol itu.

“Ia normal bagi wanita untuk mandi tanpa menutup payudara di kebanyakan kolam renang awam sejak dulu. Ini bukan langkah baru,” katanya.

Mereka dikatakan sudah menghantar laporan itu ke setiap pengendali kolam renang awam dan mencadangk­an semua dasar bukan diskrimina­si akan dilaksanak­an di kemudahan terbabit. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.