Lari daripada mesej cinta

Harian Metro - - RAP - Ardini Sophia Sina [email protected]

Selepas tiga tahun menyulam karier muzik, lagu yang dihasilkan kumpulan

Floor 88 selalu saja berjaya menarik perhatian umum.

Hingga ke hari ini, video muzik yang dimuat naik di YouTube pasti meraih jutaan tontonan dan mendapat maklum balas positif daripada pendengar.

Dianggotai Ayie Elham selaku penyanyi, Achoi (gitar utama), Falique (bass), Eric (keyboard), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua), Floor 88 baru saja tampil dengan lagu baharu berjudul Hutang.

Dalam masa dua minggu, video muzik berkenaan sudah mencecah lebih empat juta tontonan dan ‘trending’ di tempat ketiga.

Menyuntik eleman muzik 1960-an dan kuda kepang, ia adalah identiti Floor 88 yang akan dikekalkan selamalama­nya.

Menurut Eric, mereka sangat bersyukur dan terharu dengan sokongan peminat terhadap karya yang dihasilkan. Kata-kata positif yang diberikan membuatkan mereka bersemanga­t menghasilk­an lebih banyak karya berkualiti.

“Sejak awal kemunculan, kami memang suntik elemen muzik tradisiona­l dalam lagu. Cuma kali ini, kami lari daripada mesej cinta seperti beberapa lagu sebelum ini.

“Mungkin lagu ini diterima baik kerana dekat dengan semua orang iaitu mengenai hutang. Semua orang pasti melalui perkara ini. Lirik juga berbentuk sindiran. Sebab itu ramai yang cakap mahu tujukan lagu berkenaan kepada individu yang tak bayar hutang.

“Bagaimanap­un, terima

Video muzik lagu baharu Floor 88 berjudul Hutang cecah lebih 4 juta

tontonan

CUBA buat lagu balada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.