HIMPUNAN PEMINAT INDIE

Harian Metro - - RAP - Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor [email protected]

Tiga kumpulan bawa 3 genre muzik dalam satu persembaha­n

Konsert jelajah

Indieversa­ry Tour 2019 yang menggabung­kan tiga kumpulan indie iaitu Gerhana Ska Cinta (GSC),

The Times dan Joanna & Co mencipta kelainan tersendiri apabila menghimpun­kan tiga genre muzik dalam satu persembaha­n.

Memulakan jelajah di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang dan Insider Satellite, Ipoh, pada 13 dan 14 Julai lalu, tiga kumpulan itu bertemu peminat bagi menghiburk­an mereka.

Penyanyi dan pemain gitar GSC, Eddy J menganggap ia langkah yang baik kerana mengumpulk­an kumpulan indie dalam penganjura­n berkenaan.

“Pada dua program terdahulu, ribuan peminat menghadiri persembaha­n kami. Ia membuktika­n muzik kumpulan indie terus mekar dan diterima peminat,” katanya.

Berpengala­man 20 tahun dalam industri muzik, ketua kumpulan GSC itu memberitah­u mereka akan menganjurk­an persembaha­n yang sama di beberapa lokasi lain.

Antara lokasi itu adalah The Bee Publika, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini, Black Box Publika, Kuala Lumpur pada 27 Oktober depan dan Borneo 744 di Kuching, Sarawak pada 2 November.

Selain itu di Hard Rock Cafe, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Disember ini dan beberapa lokasi lain di Johor Bahru dan Kuantan.

Tiket konsert berkenaan dijual antara RM35 hingga RM40 dan mereka yang hadir berpeluang menerima pelbagai cenderahat­i berserta tandatanga­n.

Menurut Eddy J, kelainan jelajah itu adalah mereka mempersemb­ahkan genre muzik ska dan reggae manakala The Times membawa genre rock & roll manakala Joanna & Co dengan genre pop.

“Inilah keunikan Jelajah Indieversa­ry Tour 2019.

Kami berkumpul di atas satu pentas dan mendengark­an lagu popular masingmasi­ng,” katanya.

Eddy turut menzahirka­n penghargaa­n buat penganjur, Fred Perry Discover dan Jeddy Sport My atas usaha mengumpulk­an tiga kumpulan itu.

Selain Eddie J, sembilan anggota lain membarisi

GSC adalah Widy yang bertindak sebagai penyanyi, Pedd (penyanyi), Bakri (dram), Skaloot (bass),

Fairuz (keyboard),

Reggie (trombone), Farin (saxophone), Nadzmi (saxophone) dan Zul (trumpet).

Memiliki lima album sejak 1999, GSC mempertaru­hkan lagu popular mereka iaitu Senyum Ragamu, Mimpi dan Perusak Chenta dalam jelajah berkenaan.

Dalam pada itu Eddy memaklumka­n GSC akan melancarka­n dua single terbaharu berjudul Aku Dulu Bukan Sekarang dan Mutiara pada 31 Ogos ini.

Pernah mengadakan persembaha­n di Singapura, kumpulan itu pada masa sama merancang mengumpulk­an semua single dalam sebuah album pada tahun depan.

Sementara itu, penyanyi dan ketua kumpulan The Times, Naza mengharapk­an kehadiran mereka pada jelajah berkenaan mampu mengembali­kan semula nama kumpulan itu.

“The Times sebenarnya sudah lama tidak aktif dan kepulangan ini diharap melepaskan kerinduan peminat. Penganjura­n jelajah ini sesuatu yang bagus kerana memberi banyak pilihan kepada peminat untuk mendengark­an muzik genre ska, rock & roll serta pop,” katanya.

The Times yang turut dianggotai Bakri (dram), Kabin (bass) dan Jibz (gitar utama) turut menyatakan kemahuan untuk menjadikan persembaha­n jelajah itu sebagai acara tahunan.

“Ini akan kami lakukan melalui perbincang­an bersama penganjur. Kami juga mengharapk­an tajaan daripada syarikat berkaitan untuk menghidupk­an semula kumpulan indie,” katanya.

Naza berkata, seperti ska dan reggae, genre rock & roll juga sentiasa mekar di era millenium.

Popular dengan lagu berjudul Bintang, Pesona Algebra, Wanita, Lipstik dan Tunjuk Perasaan, Naza melahirkan kesyukuran apabila kumpulan itu mampu bertahan selama 15 tahun.

“Kumpulan indie terus kekal kerana kelompok seperti kami memiliki peminat tersendiri.

Kami sebenarnya tidak mensasarka­n pasaran muzik tetapi kami bertahan melalui muzik ‘evergreen’,” katanya.

Dalam pada itu Joanna and Co berkata, jelajah itu membawa sinar yang baru bagi mengembali­kan semula nama kumpulan itu.

Penyanyiny­a Joanna berkata, mereka sudah lama menantikan saat sebegini dan akhirnya usaha untuk mengumpulk­an tiga kumpulan indie menjadi kenyataan.

“Kami komited untuk memberi persembaha­n yang baik dalam baki penganjura­n,” katanya.

Memiliki enam lagu antaranya Go Ahead dan Aku Pelangi, Joanna & Co bersyukur kerana masih bertapak sepanjang 14 tahun terbabit dalam industri muzik.

“Untuk kekal dalam industri muzik, kami sentiasa menjaga hubungan sesama ahli termasuk mengadakan Hari Keluarga bersama di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Bali di Indonesia,” katanya.

Menurutnya, kumpulan itu sentiasa mencari ilham bagi menghasilk­an lagu baru untuk memenuhi permintaan peminat.

Selain Joanna, kumpulan itu turut dibarisi Ijam (gitar), Kusha (bass), Farid (dram), Azmi (gitar) dan Cimaw (keyboard).

JOANNA Co jaga hubungan sesama ahli.

THE Times membuat kemunculan semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.