RIWAYAT SATU PERJALANAN

Salammusik muncul dengan album ketiga selepas 4 tahun cari konsep

Harian Metro - - RAP - Najiy Jefri [email protected]

Riwayat adalah album berbentuk konseptual apabila ia banyak pengisian seperti sejarah, fakta dan banyak bereksperi­men dengan bunyi

Ashraf

Penyanyi berkumpula­n yang menzahirka­n segala rasa menerusi muzik mereka, Salammusik kini muncul dengan album baharu bertajuk Riwayat.

Albumketig­ayang dilancarka­n itu mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan selepas kali terakhir menghasilk­an album pada 2012.

Penyanyiny­a, AshrafSala­m berkata, walaupun sudah lama tidak tampil dengan album baharu, Salammusik tidak pernah berhenti mengeluark­an single kepada kelompok peminat mereka.

“Ketika industri muzik rancak dengan evolusi dunia digital pada 2012, kami juga terikut sama ketika itu apabila kerap tampil dengan single. Namun, empat tahun lalu kami sudah mula merangka konsep album ini.

“Riwayat adalah album berbentuk konseptual apabila ia banyak pengisian seperti sejarah, fakta dan banyak bereksperi­men dengan bunyi.

“Antara bunyi tradisiona­l yang kami masukkan adalah gamelan, gendang, keroncong selain dicampur dengan muzik moden supaya pendengar dapat menerimany­a,” katanya yang turut merumuskan Riwayat sebagai gambaran perjalanan hidup.

Riwayat memuatkan 13 lagu antaranya Sedia, Tiada Rasa Sebaris Kata, Cengkaman Beracun, Utusan Kasih, Malam Terlerai, Debar Lembut dan Menyemai Kemungkina­n.

Menurut Ashraf, walaupun pemilihan lagu kurang mendapat perhatian dan dimainkan di stesen radio, mereka tidak pernah berputus asa untuk terus mengetenga­hkan setiap muzik yang dibawakan.

“Bagi kami, muzik yang dibawakan ada cerita dan mesej yang ingin kamu luahkan. Walaupun lagu yang dibawakan kurang dimainkan di stesen radio, setiap lagu yang dikeluarka­n masih ada yang minat.

“Kami juga tidak pernah kecewa atau mahu berhenti mengeluark­an lagu sebaliknya sentiasa mencari idea dan lagu yang baik untuk terus konsisten dalam industri seni,” katanya yang bakal mengadakan jelajah terakhir untuk album berkenaan di Gama Rock House JDT, Johor pada 17 Ogos ini.

Dalam perkembang­an lain, Salammusik bakal membuat persembaha­n sulung di sebuah acara muzik festival di Medan, Indonesia pada 23 Ogos ini.

Ashraf berkata, dia dan anggota lain mengakui gementar untuk membuat persembaha­n pada acara terbabit kerana perlu menyampaik­an tiga buah lagu dalam bahasa Batak.

“Kami bakal membuat persembaha­n selama sejam pada acara terbabit. Jujur kami sangat teruja dan gementar, tapi kami bersyukur keranan mempunyai penyanyi wanita, Dyana Shamsuddin yang berasal dari Dusun, Sabah.

“Dyana boleh bertutur dalam bahasa Dusun dan Batak juga tidak jauh beza. Kami harap acara itu akan berlangsun­g dengan meriah dan berjaya,” katanya.

SALAMMUSIK bakal membuat persembaha­n sulung di sebuah acara muzik festival di Medan, Indonesia pada 23 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.