Tsunami masih menghantui

Harian Metro - - Nuansa -

“Memahami kesan psikologi dialami kanakkanak, kami mengambil peluang melakukan aktiviti seperti pertanding­an mewarna, membuat origami dan pertukaran bahasa antara bahasa tempatan, bahasa Kaili, bahasa Malaysia dan dialek Kelantan.

“Mereka sangat seronok dan aktif sepanjang program diadakan. Pada masa sama, kami juga mencuri masa untuk beramah mesra dengan kanak-kanak ini, di samping menyelami isi hati mereka.

“Saya sempat berbual dengan Halik mengenai cita-cita dewasa masa depan. Jawapan yang diterima agak mengejutka­n apabila dia enggan membayangk­an apa-apa impian selain daripada mengenang kematian.

“Ia membuatkan saya dan rakan lain berasa kerdil. Mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan peka dengan ajal berbanding masyarakat kita yang hidup dalam zon selesa selain sentiasa memikirkan cara untuk memajukan diri dari segi lahiriah saja,” katanya.

Kesempatan yang sama, Ahmad Taqiyuddin turut berkongsi cerita mengenai kekuatan anak gadis berusia 15 tahun, Masta, yang selamat dalam bencana berkenaan.

Berdasarka­n penceritaa­n Masta, ketika kejadian berlaku dia sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Apung Palu, namun hasratnya tergendala apabila tsunami berlaku dan gagal menyelamat­kan diri bahkan sepupunya, Mei, 11, yang turut bersamanya.

Sebaik berakhir, remaja ini menyedari dirinya berada dalam sampan dan badannya ditindih dengan serpihan bangunan dan motosikal.

Akui Masta, hingga kini dia masih berasa takut untuk tidur gara-gara bimbang bencana sama kembali lagi.

Meneruskan pengembara­an, menurut Ahmad Taqiyuddin, mereka berpeluang menziarahi penduduk yang tinggal dalam khemah di sekitar Masjid Agung Darussalam untuk menyerahka­n kit penjagaan diri dan pakaian.

Ceritanya, kehidupan mangsa jauh lebih daif berbanding komuniti di Lere apabila semua mangsa berlindung di bawah tenda putih bersama keluarga masing-masing sejak sembilan bulan lalu dan masih mengharapk­an bantuan makanan untuk meneruskan hari mereka.

Selain itu, GISO turut berkunjung ke Balarao, perkampung­an di tengah desa dan tempat berlakunya ‘likuifaksi’ atau pencairan tanah yang juga

fenomena pergerakan tanah mencair. Difahamkan semua rumah dan penduduk ditelan bumi, hanya segelintir penduduk terselamat.

Proses penyerahan tangki air turut dilakukan di pusat penempatan di Balaroa yang menempatka­n lebih kurang 300 keluarga, sebelum ke Posko Tondo bagi aktiviti bersama kanakkanak dari Tadika Hatiku Senang.

Kembara misi kemanusiaa­n ini terdiri daripada dua pensyarah dan 11 mahasiswa mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Relief Agency dan dari Indonesia, Aksi Insan Nusantara (AIN Foundation).

GISO berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 dalam tempoh seminggu menerusi aktiviti jualan, pendidikan dan keprihatin­an masyarakat tempatan.

Pasukan ini membawa amanah untuk diserahkan sumbangan kepada sebuah surau dan rumah, 22 tangki air serta 200 pek makanan pada mangsa terselamat.

Sukarelawa­n dekati penduduk Palu dalam kembara misi kemanusiaa­n

BERJAYA mengumpulk­an dana lebih RM30,000 bagi misi pertama ke Palu.

SUKARELAWA­N bersama kanak-kanak.

RUMAH kecil penduduk Lere.

RAMAI kanak-kanak mengalami trauma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.