2,200 sertai LARIAN BERSAMA ‘DINOSAUR’

Harian Metro - - Nuansa -

kehijauan kawasan perbandara­n.

Menyajikan suasana karnival menghiburk­an, larian yang diperkenal­kan sejak 2015 ini turut menjadi platform menyatukan masyarakat dan memupuk persahabat­an.

Pengurus besar Kanan Bandar Rimbayu, Chai Kian Soon berkata program ini menjurus kepada memupuk hubungan silaturahi­m dan menggalakk­an amalan gaya hidup sihat.

“Melengkapk­an larian dalam masa tertentu bukanlah matlamat utama, sebaliknya kita ingin peserta menikmati waktu larian dan menamatkan larian mereka.

“Kita juga gembira dapat melihat peserta bersamasam­a keluarga dan rakan berkumpul sebagai satu pasukan dalam larian ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Larian #RunWithMe menggabung­kan pelbagai stesen aktiviti yang dimulakan dengan acara zumba. Sepanjang larian, peserta disambut dengan kehadiran dinosaur dan dijamu dengan buahan dan air untuk menghilang­kan dahaga.

Peserta juga dihadiahka­n pingat bertemakan dinosaur selepas menamatkan larian.

Bagi kanak-kanak, terdapat taman dinosaur disediakan sebagai platform pembelajar­an menyeronok­kan bagi mendidik golongan ini.

LARIAN bertemakan dinosaur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.