Promosi kesihatan buah pinggang

Harian Metro - - Nuansa -

acara, peserta memakai pakaian berwarna neon manakala badan turut dicorakkan dengan warna berkenaan.

Acara kemuncak larian bercahaya ini adalah tarikan tanglung yang berwarnawa­rni bagi menyampaik­an mesej mengenai kesihatan ginjal.

Acara ini juga menyaksika­n ketibaan konvoi kereta dan motosikal mewah yang sebelum itu melakukan kempen kesedaran kesihatan buah pinggang di 1 Utama, Sunway Pyramid dan IOI City Mall sebelum berakhir di Maeps.

Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Chua Hong Wee berkata, penganjura­n acara larian bercahaya ini mempunyai keunikan dan keterujaan dalam mempromosi­kan kesihatan ginjal.

“Dalam meraikan keseronoka­n hidup, kita ingin menyebarka­n mesej penting mengenai kepentinga­n melindungi buah pinggang.

“Pada masa sama, kita ingin mengumpul dana bagi memenuhi harapan seramai 1,700 pesakit dialisis NKF.

“Sempena acara ini, NKF berjaya mengumpulk­an dana tunai sebanyak RM120,000 dan tiga mesin dialisis bernilai RM121,900.

“Terima kasih kepada penderma dan ini pasti memberi nilai tambah kepada pesakit dialisis,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semua hasil dana yang diperoleh menerusi Larian Bercahaya NKF akan disalurkan kepada lebih 1,700 pesakit dialisis miskin yang sedang menjalani rawatan di 28 pusat dialisi NKF di seluruh negara.

Kini terdapat lebih daripada 50,000 pesakit dialisis di Malaysia dengan 7,000 pesakit baru setiap tahun.

Dianggarka­n bilangan itu meningkat lebih dua kali ganda menjelang 2040 sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ketiga negara yang mempunyai pesakit buah pinggang tertinggi di dunia.

LEBIH 3,000 sertai sertai Larian Cahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.