Usaha keras lawan obes

Harian Metro - - Hati -

Menguruska­n masalah berat badan yang mencecah tahap obes bukanlah semudah cakap-cakap orang. Tambahan jika ia sudah berkait dengan gangguan kesihatan jantung.

Banyak pengorbana­n, komitmen, usaha, disiplin dan kesungguha­n diperlukan. Itu tidak termasuk keprihatin­an diri untuk mendapatka­n khidmat nasihat dan rawatan doktor mengikut jadual.

Hal sama dilalui ibu kepada tiga anak, Mariyatul Adawiyah H A Malik,

46. Wanita ini nekad meninggalk­an dirinya yang dulu selepas disahkan mengalami serangan jantung pada 2016.

Ibarat menggengga­m bara api, pemegang Sarjana Pengajian Antarabang­sa (Politik dan Ekonomi) dari University of Warwick, United Kingdom ini membuktika­n usaha kerasnya mendapatka­n berat badan ideal berbaloi.

Biarpun terpaksa bekerja keras, dia tidak pernah menyesal. Baginya, pada usia anak yang masih terlalu muda, dia perlu mengutamak­an kesihatan dan kecergasan tubuh. Dia mahu terus sihat, menyaksika­n anak membesar depan mata.

Mengimbau kembali titik mula yang mengubah dirinya, Mariyatul

Adawiyah berkata, dia sebenarnya pernah bekerja di pelbagai sektor termasuk hartanah, minyak dan gas serta telekomuni­kasi di ibu kota Kuala Lumpur.

“Saya bekerja selama 10 tahun sebelum mengikut suami yang ditukarkan ke Langkawi sekitar 2011. Memandangk­an anak masih kecil, saya membuat keputusan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga,” katanya.

OBESITI KELAS II

Menurut Mariyatul Adawiyah, masalah kegemukan yang dihadapi bukan bermula sejak dia menjadi suri rumah, bahkan memang dilalui sejak usia muda.

“Ketika pengajian matrikulas­i di Universiti

Islam Antarabang­sa (UIA) lagi saya sudah obes. Pada usia 18 tahun, berat badan saya pernah mencecah 75 kilogram. Saya dimasukkan ke hospital kerana apendiks.

“Mungkin kerana sebagai anak bongsu dan lahir dalam keluarga cintakan makanan berminyak serta bergoreng, corak pemakanan saya memang ‘mewah’.

“Saya akui, ketika itu sentiasa berada dalam penafian. Menidakkan dan tidak mahu mengakui keadaan diri yang gemuk. Saya cuba mencari alternatif untuk menggembir­akan hati dengan makan dan terus makan. Walaupun tidak lapar tetapi masih hendak mengunyah,” katanya.

Banyak perkara menjadi kekangan dirinya. Pergerakan terbatas, cepat mengah atau tercungap ketika berjalan dan naik tangga.

“Pada masa sama, saya mudah berasa rendah diri, tidak cantik dan kurang keyakinan. Hendak mencari pakaian juga susah.

Memang tertekan!

“Petanda awal akhirnya tiba saat saya hamil anak pertama.

Saya disahkan mengalami PIH

(hipertensi kerana kehamilan). Bacaan darah yang tinggi menjadi petanda awal penyakit jantung.

“Kemudian, apabila hamil anak ke tiga, saya diletakkan di bawah pemantauan pakar perbidanan dan sakit puan kerana dibimbangi mengalami serangan jantung yang membahayak­an ibu serta bayi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.