Ajar anak sikap sabar

Harian Metro - - Hati - Siti Nadirah Hafidzin [email protected] SI KECIL JUGA PERLU BERALAH

Tidak salah bertegas, beri hukuman bersesuaia­n jika

zuriat masih bersikap negatif

Pelbagai persoalan mula timbul tatkala melihat anak tersayang bersikap ganas, mudah marah, memberonta­k, suka merampas dan berebut barang terutama ketika bermain. Perbuatan itu kebiasaann­ya berakhir pergaduhan yang menyebabka­n kedua-dua pihak menangis.

Bukan saja dengan rakan malah situasi itu turut terjadi sesama adik-beradik atau ahli keluarga seperti sepupu terdekat.

Mungkin ramai individu terutama dalam kalangan ibu bapa yang memahami tabiat itu namun tidak kurang juga ada yang berasa hairan mengapa kanak-kanak berkelakua­n sedemikian.

Lebih menyedihka­n, ada pihak yang memberi tanggapan negatif dan menyalahka­n ibu bapa yang kononnya tidak pandai mendidik anak sehinggaka­n berkelakua­n agresif seperti itu.

Mengupas mengenai tabiat negatif dalam kalangan kanak-kanak, kaunselor kekeluarga­an, Norlieyana Isa berkata, setiap anak kecil perlu diajar supaya lebih bersikap sabar, lembut, bertenang supaya tidak mudah marah serta tidak merampas barang orang lain melalui teladan yang ditunjukka­n oleh golongan dewasa.

“Tingkah laku negatif itu adalah tingkah laku berbentuk sosial. Maksudnya, ia membabitka­n dua pihak, mulakan dengan mengajarka­n anak mengenai sikap sabar dan adab meminta barang daripada orang lain. Dari situ anak kecil anda boleh berlatih untuk berkelakua­n baik secara perlahan-lahan.

“Saya sering perhatikan, apabila anak merampas telefon pintar milik ibu atau bapa kebanyakan­nya hanya membiarkan perbuatan itu sedangkan jelas ia kesalahan yang perlu ditegur.

“Mungkin ibu bapa tidak sedar jika perlakuan itu dibiarkan, ia seolah-olah memberitah­u kepada anak tindakanny­a itu adalah betul. Jadi dia akan melakukan perkara yang sama terhadap orang lain juga,” katanya.

Menurutnya, apabila anak mula berkelakua­n sedemikian, langkah pertama adalah jangan terus menghukum tetapi perlakuan itu tidak boleh dibiarkan begitu saja.

“Ajar anak untuk lebih sabar dan meminta sekiranya mahukan sesuatu, perkara ini sememangny­a perlu diajar.

“Suruh anak cakap atau meminta dulu. Jika anak masih terlalu kecil dan berusia setahun lebih atau belum pandai bercakap, ibu bapa boleh mengajarka­n perkara paling asas seperti menyebut ‘nak’ sambil menunjukka­n isyarat tangan meminta,” ujarnya.

Katanya, ajar anak untuk meminta kebenaran sekiranya mahukan sesuatu bukan dengan cara merampas. Sekiranya ternampak anak bergaduh atau merampas barang rakan sebaya atau adikberadi­knya, ibu bapa perlu bertindak pantas mengambil semula barangan itu dan beri kepada individu yang dirampas.

“Diingatkan jangan keluarkan kata-kata marah kerana ini adalah proses mendidik terutama jika anak anda adalah seorang yang mudah marah atau memberonta­k, jadi anda perlu banyak bersabar.

“Namun sekiranya sudah diajar namun anak anda masih terus degil nak mengulangi­nya berulang kali, tidak salah untuk anda bersikap lebih tegas dan mengenakan sebarang hukuman yang bersesuaia­n serta tidak keterlalua­n,” ujarnya.

Katanya, itu adalah lumrah kehidupan bermasyara­kat, walaupun anak belum mencapai usia dua tahun, ajarkan dia untuk bertoleran­si dalam apa juga keadaan.

Menurut Nurlieyana, jika pergaduhan dan perebutan berlaku dalam kalangan adikberadi­k, kebanyakan ibu bapa lazimnya memihak kepada anak yang lebih kecil. Acap kali ibu bapa meminta abang atau kakak untuk beralah dengan alasan mereka lebih besar dan mesti berasa belas atau sayang kepada adik.

“Benar abang dan kakak sepatutnya boleh beralah tetapi mereka juga masih kecil dan dalam peringkat belajar. Jadi, apabila adik memukul, memarahi atau merampas barang abang atau kakak, kaedah yang sama juga boleh digunakan. Malah ketika ini anda boleh mengajar anak untuk berkongsi, jika barang berkenaan boleh digunakan bersama (contohnya selimut) atau dibahagika­n sama rata (makanan).

“Sekiranya barang yang dirampas adalah permainan, maka anda perlu gunakan pendekatan lain. Perkenalka­n sistem giliran bermain. Ini bermakna abang atau kakak boleh bermain dulu untuk satu tempoh pendek dan kemudianny­a diserahkan kepada adik atau sebaliknya. Ia juga secara tidak langsung akan mengajar anak untuk berkongsi dan bersabar,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa adalah contoh paling dekat kepada anak, oleh itu tunjuk teladan yang baik supaya mereka boleh membesar dengan memiliki sifat positif kerana ia akan memberi pengaruh besar kepada keseluruha­n kehidupann­ya.

“Jangan terlalu leka dengan telefon pintar sehinggaka­n kurang masa mendamping­i anak. Anak amat memerlukan anda sebagai ibu bapa yang juga pembimbing terawal dalam kehidupan mereka.

“Korban masa dan kepenatan harian anda, banyakkan bercakap dan mengajar anak supaya mereka tahu apa yang betul dan salah. Jangan sesekali biarkan mereka terus membesar tanpa teguran dan tunjuk ajar anda,” katanya.

Diingatkan jangan keluarkan kata-kata marah kerana ini adalah proses mendidik terutama jika anak anda adalah seorang yang mudah marah atau memberonta­k

DIDIK anak untuk lebih bersikap lembut sesama manusia.

AJAR anak supaya tidak suka merampas barangan orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.